Thursday, August 21, 2008

Cemerlangkah Aku???




Cemerlang? layak ke aku dapat anugerah ni? betul ke selama aku bekerja, orang nampak apa yang aku buat? ish cam tak caya je. benda APC ni cam main2 plak. sebelum ni memang susah jabatan nak calonkan staff utk terima APC ni. kalo tak bekerja nak dekat 10 tahun, jgnlah nak bermimpi dapat ni. tapi sekarang APC ni macam diberi mengikut seniority plak. memang tak sesuai!
tahun lepas aku buat kira2 biler aku akan dapat APC ni. setelah dicongak2 tu, mahu lagi 5 tahun baru turn aku. tapi biler dpt tahu aku dapat tahun ni, rasa bertuah jugak walaupun bagi aku masih ada lagi yang layak berbanding dari aku sendiri.