Wednesday, February 25, 2009

Post-mortem 2

entry ni utk bagitau korang tempat2 besh yang aku pegi masa trip aritu...

jakarta .


Cengkerang Airport

. bandung .

tangkuban parahu (kawah gunung berapi)

rumah mode (tpt beli baju branded)

cihampelas (street heaven for shirts)

. yogyakarta .



candi borobudur

kraton dingin dua (laluan menunai hajat?)

manding (pusat jualan barangan kulit)

. solo .



p.k.s solo (shopping complex)
pasar antik

Tuesday, February 24, 2009

post-mortem 1

masa pegi...

Alhamdulillah. selamat sampai Malaysia jam 4pm ahad lepas. macam2 perasaan ada. suka dan duka. terlalu byk memori yang aku dapat sepanjang trip tempoh ari. setiap kelakuan dan tujuan aku catit dlm notebook. utk kesenangan update kat blog ni gak. mana tau ada rezeki lagi (confirm, aku nak pegi lagi), senang skit nak plan semula. bersyukur sebab selamat pegi dan selamat kembali. berkat doa famili, rakan2 dan yang tersayang. sib baik gak trip ni pegi ngan geng2 yang best. thanks to wan, k'own, iffea, zahir dan yul. x lupa pada tour guide kitorang, Pak Haris (for sure pas ni gunakan khidmat dier lagi).

banyak tul barang aku beli. barang yang memang aku cari. dan juga barang yang x sempat nak beli. banyak beli t-shirt. murah giler. kirenya sehelai x sampai rm20. mana nak cari kan.

checklist;
muffle
key-chain
kain batik
baju batik sorja
jaket kulit
blazer
t-shirt

tempat besh;
. jakarta : mangga dua, masjid istiqlah, monash
. bandung : tangkuban perahu, rumah mode, cihampelas, pasar baru
. yogyakarta : tasik malaya, majenang, borobudur, magelang, minggir, malioboro, keraton dingin dua, manding
. solo : p.k.s solo, pasar antik,
. surabaya : bandar juanda

Wednesday, February 18, 2009

tiMEout to Indon!

mintak maaf yer. Tuan rumah pi bercuti ke Indon 18/2 - 22/2

KL - Jakarta - Bandung - Yogyakarta - Surabaya - KL

Tuesday, February 17, 2009

Pokchik Jutawan

"Jiwaku dipalu oleh kasih sygmu, belaianmu, sentuhanmu membuatku rasa x menentu, cintamu selembut sutera menjadi saksi kasihmu, tiada dua hanyalah kau yg ku cintai

semalam pi tukar duit sebelum ke Indon. g ngan K'Own & Wan ke Masjid India. macam x caya je aku nak pi tukar duit ni. 1st time ni. cam kelakar pun ada. xtau nak tukar braper. duit pun dah kering ni sebab perabis beli barangan umah.

ikut dorang pi tukar RM1300. dan hasilnya, jadi jutawan Indon aku hahahahaha. korang bayangkan Rp4.2 juta. orang kat bleh beli macam2 kat sana. tapi kalo barang pun mahal, so lebih kurang je la. cuma nilai matawang dorang je rendah kan.


pasni aku xleh nk update blog lg. tunggu aku update psl trip aku ni k. aku amik kesempatan utk korang doakan keselamatan aku sepanjang berada di perantauan orang. ni kali pertama aku pergi meninggalkan Malaysia. dan kali kedua aku naik katebang. takut pun ada.

macam2 perasaan aku. nak tinggalkan negara, keluarga dan yang 'tersayang' tu. aku harap kegembiraan di sana tidak membuatkan aku melupakan mereka.

Monday, February 16, 2009

Minggu Yang Memenatkan

Kini ku mengerti hanya engkau pelita hati. Apa yang kau korbankan hanyalah untuk ku

minggu ni penuh sungguh schedules aku. sampai ponteng kelas! argh x kisah ah. lagipun baru awal semester, so leh ponteng2 skit ehhehe. mula dari ari Jumaat sampai semalam, kalo dikira meter kereta aku ngan meter kat badan aku ni, rasanyer dah terlebih milage. tapi aku puas sebab apa yang aku plan selama ni termakbul juga.

malam tadi malam pertama aku tido kat umah baru. walaupun hanya beralaskan toto je, tapi aku kerap terjaga malam. cam x caya, rumah ni la hasilnya setelah penat lelah aku selama ni. Thanks to Syam yang tolong merealisasikan impian aku ni.

Jumaat, 13th
Sessi NoS kali ni happening coz gath bersama Kelab Viva kat Shah Alam. memang aku kena pegi. kena la tjk muker kat member ngan kelab tu. konon nak sampai awal, tapi jem lak kat federal highway tu. hampeh tul. jem sebab accident bodo je. sampai kat sana, dorang semua tgh briefing. ramai betul gath ni. pas amik gambo semua gerak ke tempat makan. bayangkan kitorang konvoi. aku rasa lebih 50 biji keta kot.


pas lepak, semua pakat nak balik. yang aku ni tak reti nak balik awal. walaupun dh ngantuk sgt, tapi geng lain takmo balik lagi. lagipun dorang x dpt makan tadi. so ajk K.Cik, Ieca & Syam pi layan KFC kat tempat baru.

Sabtu, 14th
Hari meraikan kekasih. Aku? ada kekasih ke? Mak ngan kengkawan pun kira kekasih la kan... pagi tu bgn lewat skit, ni mesti terlebih makan wedges. sepatutnya kena anto Syam balik dan aku g kelas petang. tapi, hati aku berat x bagi pegi hehehheh. so aku plan g shopping barang skit.
anta Mak kat umah Abang Long dulu, dan amik duit blanjer skit. pastu ajak Syam pi cari barang rumah. aku beli TV bracket dan Syam pi booking set bilik tidur utk bilik dier nanti.

petang tu lunch ngan havoc boys sebelum bersiap g outing ngan si Ayu Jelita. malam nanti plan nak g makan kat D'Jamel dan layan movie. lepak kejap sebelum ke umah baru sebab nak pi check kontraktor siapkan wiring dan grilled. alhamdulillah, semuanya dh siap. x sabo nak pindah masuk.

malam tu kitorang g makan kat D'jamel je. aku paksa dorang layan karok gak. malam tu Syam, Dee & Min kena jd mangsa. sib baik sora orang muda hehehe.



tak tau nak kemana, kitorang decide g ronda kat Putrajaya. pi layan amik gambo kat sekitar Dataran Putrajaya, Kompleks Kerajaan dan jambatan kat sana. sebelum balik, pi minum kat P9 dulu.

Ahad, 15th
pagi ni pun sepatutnya g kelas. tapi malas plak. lagi2 biler tau 'dia' yang ngajar. ajk Syam pi shopping lagi. petang ni nak pi basuh umah. nak siapkan awl, plan nak pindah masuk hujung bulan ni. kitorang berdua pi basuh dulu sebelum famili aku datang tolong nanti. bersemangat kitorang membasuh. ye la. dh rumah sendiri kan. puas hati aku!

kengkawan lain tu mesti menunggu nk dtg bertandang kan. insya allah, aku akan ajk korang ke majlis pembukaan rasmi rumah aku ni ehehehhe.


Sunday, February 1, 2009

Kenarianz AGM 2009

Perancangan akhirnya berjaya dilaksanakan. banyak masa dan kudrat dibuangkan utk menjayakan AGM kali pertama ni. ada yang sampai x tido malam dengarnya. semata2 nak pastikan berjalan ngan jayanya. bagi aku ni la hasilnya selama aku buat keja mengejar proses permohonan kelab aku ni.

Jumaat, 30hb
Pas amik wan, k.cik dan ieca, kitorang terus gerak ke PD. mulanya nak join konvoi kat R&R Seremban, tapi terlewat plak. so kitorang drive solo je. sampai sana pi lunch dulu sebelum check-in hotel. kat sana dh ramai rupernye yag dh smpi dulu.
rehat kejap sebelum bersedia sessi BBQ malam ni. bebudak ni plan mmg bagus. siap ada karaoke lagi tu dan cabutan bertuah. malam ni aku nyanyi lagu 'wajib'. tapi semua cam malu2 lak nak kluarkan suara. asik org yg sama je yg nyanyi. yang bestnye, aku dapat hamper utk cabutan bertuah (masin tul mulut siAcai).

kononya nak outing pasni tapi tgk semua muker dah lemau. so relax je kat dalam bilik. lagipun esok ada telematch. kire nak simpan tenaga la.

Sabtu, 31hb
pas sarapan kitorang bersiap utk telematch. dah kul 10 pagi pun x start lagi. sib baik cuaca kurang panas. antara yang best, lawan tarik tali. pergh, kudrat rasa cam nk tercabut dari badan. memang penat. lawan lak yg badan2 besar. sib baik kitorang menang hehehe.

ieca & pika

kak chik & pika

petang g outing ngan dorang. pi layan mihun kari, goreng pisang & cendol. kenyang tul, sampai diner pun makan skit je.

AGM2009
masa yang ditunggu2. AGM dan pengundian calon komiti. gabra pun ada gak. aku calon utk pertahankan jawatan Setiausaha Kelab. dah lebih 4 tahun aku pegang jawatan ni. rasa sayang pun ada nak dilepaskan. tapi aku redha kalo x menang. yang penting aku bersama kelab.

tgh bentangkan laporan..

AGM berlangsung ngan jayanya. dan keputusan malam tu memberikan aku peluang sekali lagi mentadbir pengurusan kelab. Alhamdulillah. ad agak yang suker aku pegang jawatan ni lagi. malam tu pun plan nak kluar tapi x jadi gak. so stay je dalam bilik.

Ahad, 1st
pas sarap, pi ronda kat Teluk Kemang. pi jalan & shopping skit. sebelum balik ada lah meeting antara komiti. banyak benda yg dibincangkan. terutamanya hala tuju kelab dengan pentadbiran yg baru. insya allah aku akan jalankan tanggungjwb dengan baik.

pas berkemas, kitorang gerak balik ke KL. x sempat join geng lain pi lunch dulu. masa ni k.chik dah tarik muka masam kan. dier plan nak g Melaka la, Nilai la. tapi aku buat dek je. kata nak balik awal. singgah makan kat R&R Seremban.

dah tgk muker dier camtu, aku buat surprise, terus masuk ke Nilai. dier nak tgk sgt Nilai 3 ni. ingtkan dier nak cari barang, rupernye aku yg terbeli frame utk umah baru nanti.