Wednesday, December 31, 2008

Citer Langkawi - Hari 4

Isnin, 29th
Pagi ni, sarapan ditaja oleh Mak. siap buat lempeng. kena bersiap awal sebab kena naik feri kul 10am. kalo lambat kena tinggal plak. lepas caretaker check semuanya, kitorang bergerak ke jeti. xde masa nak pi ushar barang lagi. kali ni feri on time. bukan macam kat K.Perlis aritu. lambat dekat 1/2 jam.
rasa rugi gak sebab kena kluar awal. selalunya kul 12pm baru check-out. sib baik sewa murah hehehe.
pas drop-in barang dan park keta, kitorang terus masuk feri. kelam-kabut gak biler 2 kumpulan kitorang check-in tak sekali. sempat lagi dorang nak ushar barang lak, bersarapan la.

Padang Besar
sampai di jeti, amik keta dan terus ke Padang Besar. sessi menghabiskan duit kembali lagi. ada sajer yg dorang nk beli. aku lak, nak cari tshirt je. nak menambahkan stok dalam almari. sampai di sini, hujan plak. xde beza tempat ni. setiap tahun sama je. cuma yang bertambah, pengunjung je.

pas shopping, kitorang bertolak ke Sik plak. nak makan tengahari kat umah Pakcik. jam dah hampir kul 2pm. patut la lapar. kitorang sempat makan dulu sementara tunggu famili A. Long abis shopping. kat sini lepak je sementara nak bertolak balik ke Sg Petani.

sampai kat umah Achik, masing2 bersiap nak balik. aku lak stay sekejap. konon nak balik malam skit. tapi masing2 ngantuk dan tertido. lastly, balik pagi esok je.

Citer Langkawi - Hari 2 & 3 @ Langkawi

Sabtu, 27th
Pepagi dah bangun. bayangkan jugak. 40 orang menunggu giliran (berebut) nak mandi. seawal kul 4am dorang dh mandi. Aku? kena mandi kat porch luar tu. sib baik jiran2 x bangun lagi. kitorang kena gerak terus ke Jeti Kuala Perlis utk naik feri kul 10:30am.

on the way, sempat singgah kat kat pump station utk berhenti buang air ngan beli sarapan. sampai sana, pi cari makan. nak lapik perut sementara naik feri kjp lagi. tapi xmo makan byk sgt. nanti skt perut lak. takut pening pun ada kat feri tu nanti.

Langkawi
sampai kat Langkawi. tunggu keta sewa datang. sementara tu pi ushar kot2 ada jualan murah ke kat sini. masa ni dh kelam-kabut. dah ramai sgt. x tau nak sumbat keta camni. terpaksa hantar 1 kumpulan ke hotel dulu. lepas tersesat mencari hotel kitorang, akhirnya jumpa jugak. sib baik dapat 2 unit. famili aku dok 1 unit. dan Abg Long dok ngan famili dier dan famili kakak ipar aku. so petang ni lepak kejap sebelum kluar pi makan.

pas makan, kitorang pi ronda Pekan Kuah dan menuju ke Makam Mahsuri. mulanya xnak masuk sebab pakai sluar pendek. tapi tgk orang lain main masuk je heheh. dah berubah tempat ni sejak beberapa tahun dulu. skrg dorang dh buat cam kompleks. ada muzium, ada zoo, ada kedai cenderamata dan live show. kat sebelah plak ada bazaar tempat jualan pakaian.



Ahad, 28th
Pagi ni xde sarapan. kitorang bersiap nak kluar mandi laut kat Pantai Cenang. kali ni berpecah ngan famili A. Long. malas nak tg dorang. dari semalam asik tg dorang. plan ntah ke mana. masih2 lambat bersiap.
on the way ke sana, singgah jap kat kedai perusahaan gamat Nusantara. macam2 ada kat sini. yg best. botol gamat gergasi!.

pas sarapan. semua berendam kat laut. air pun ok dan xde ombak sgt. sempat lagi kitorang naik banana boat.


Cable Car & Telaga Tujuh
pas penat berendam, kitorang menyusuri pesisir Pantai Cenang dan airport dan terus menuju ke Cable Car. nak beranikan diri naik keta kabel ni. dah alang2 sampai sini kan. sampai sana, nampak ramainyer orang. kawasan sekeliling best gak coz ada tempat jualan skali. pi check kat kaunter tiket; kena tunggu 2 jam sebelum dapat naik. nampaknyer terpaksa batalkan niat nak naik (padahal takut pun ada).

pastu kluar menuju ke Telaga Tujuh. aku pun xtau apa yg ada kat sini. ingatkan ada 7 telaga @ perigi. kat sini pun ada kedai2 jualan. rupernyer, nak tengok kena daki lebih kurang 600 anak tangga! nak mampus rasanyer mendaki tangga ni. tapi kena terus kan juga coz anak2 buah semua dah naik. sampai atas ni rupernya ada tempat mandi jugak. sempat lepak sekejapsebelum turun semula.


Beras Terbakar

trip diteruskan ke Beras Terbakar plak. seingat aku dah pernah sampai kat sini. yang tinggal cuma baki beras yg dh terbakar. betul ke? sampai sini, kitorang pi makan dulu. meriah tpt ni. lagi plak ada pasar malam. nak masuk ke dalam pun dorang buat kedai2 menjual pelbagai barangan.


Dataran Lang
mak teringin nak datang tengok helang besar ni. dulu datang waktu siang. nampak la burung ni. kali ni sampai dah malam. lagipun dorang x pasang lampu kat kawasan ni. tu yang gelap je.

Citer Langkawi - Hari 1 @ Sg. Petani

Alhamdulillah. Trip berjaya dilaksanakan. Tghari semalam baru sampai kat umah. Penat? memang x terkata. kaki pun sakit menekan minyak sepanjang driving. Duit? memang banyak yang habis. memang x byk barang dibeli, tapi perabis kat makan je

Jumaat, 26th
Kul 11pm, konvoi 7 keta ke Sungai Petani. aku bukannyer suker sgt drive memalam ni. mesti ngantuk punyer. lagi plak, dorang semua keta power2. aku setakat 1.o aku tu je. berhenti rehat kat R&R Sg Perak utk minum dan tido kejap. memang xleh nak lelap.

lepas rehat kejap, konvoi terus menuju ke Sg. Petani. sampai sana kul 6:30 pagi. lepas punggah barang, layan tido kejap. nak pilih tempat tido pun jd problem. bayangkan 40 orang nak tido kat rumah teres 3 bilik ni.

lepas bersarapan, xtau nak buat apa. Jumaat pun ntah ke mana. petang tu aku ajak anak buah g layan boling kat SP. x sangka lak, ada jugak boling kat sini kan.



Tanjung Dawai
malamnye, kitorang bergerak ke Tanjung Dawai. pi diner kat sana. ikut hati malas nak makan. lepas boling tadi kitorang layan nasi lemak & bihun sup. dh berapa kali kitorang makan kat sini. tepi muara sungai. rasanya kitorangnye meja yg terpanjang, order sampai 6 hidang. mmg x hengat punyer makan.

Wednesday, December 24, 2008

tiMEout!


dah hampir penghujung tahun 2008. akan menjelang tahun baru 2009. dan x lupa pada Awal Muharram yg akan menjelang pada 1 Muharram 1430 (29.12.2008). ramai yg asik ngan kalender omputih ni. sampai luper pada kalender yg sepatutnya menjadi rujukan kiter.
apa yang aku kecapi tahun ni? ntah la. ada yang berjaya disempurnakan. dan ada gak yg tak tercapai..
kengkadang tu memang x pikir apa planning utk setiap tahun. takleh nak buat SKT. apa yg mendatang. idea apa yg tetiba muncul. semuanya last minute. janji aku hepi ngan apa yg aku lakukan.

so, mulai esok aku akan bercuti sampai ke tahun depan.ke Langkawi. ala, percutian keluarga. semuanyer dh di plan. ikut je la. tapi aku ada gak plan xtvt kt sana. nk beranikan diri g naik kereta kabel tu ngan skuba sekali lagi...insya Allah.

so guys. kiter jumpa tahun 2009 k. di kesempatan ni aku ucapkan, terima kasih pada 'korang' yang menjadi kawan, sahabat dan rakan aku. moga tali persahabatan kiter berkekalan.

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Saturday, December 20, 2008

Jom Kecoh!

ikut akak bawak mak g JomHeboh kat Bukit Jalil. dah xde benda nak buat kat umah. ikut ja la. lagipun aku suka kalo ada pesta jualan camni. meriah je. ingat nak g naik LRT je. dah tentu jalan jem. ramai sgt org nak pi sana. tapi dorang nak gak bawak keta. kena la ikut jugak.
"sampai kat sana, jalan dh jem. yang ikut jalan sendiri, dan yang potong Q.
lepas park keta, kitorang meronda kat sini. yang datang semua beli jajan yang dibungkus dalam beg. bukannya nak beli makanan tu, nak simpan paper beg tu agaknyer. termasuk la kitorang. eh bukan aku eh. aku beli perfume 'Mawi' je heheh.

Thursday, December 11, 2008

Misi Diteruskan...

misi mencari laptop wan diteruskan lagi malam tadi. semalam g TS x de yg berkenan. alih2 g lak kat MV ni hah. dah cam aku lak yg nak cari benda ni. dah tu dier pun x update blog kan. so tumpang kat blog aku je la hahah.

ajk K.Chik sekali. dah tau dah, dier mesti nak ikutnyer. lagipun rumah dekat kan. konon nak gerak lepas balik kerja. tapi sebab hujan lebat, ditambah lak jem (orang Selangor la ni!). kluar dari opis lepas Maghrib.
"semalam rekemen kat Vaio, tapi mahal skit. tadi ushar kat Acer lak. terus berkenan.
sebelum tu kitorang g kedai buku. wan pi cari buku, aku teruskan misi mencari hadiah utk K.Chik. dah janji ngan dier kan nk bagi, kenalah cari hahaha. dapat cari brg yg aku berkenan. kalo dier xnak pun, leh amik balik kan hihihi.

pas beli laptop tu, kitorang g makan kat Carls Jr (lagi!). tempat lain pun dah nak tutup. so kedai fastfood je bukak sampai tgh malam.

Saturday, November 29, 2008

I Love Me!

Red Carnival 2008

Kenarianz dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan hari Aids peringkat WPKL anjuran JKWPKL. program kali kedua kitorang bergabung ngan JKWPKL sejak tahun 2006. program terbesar anjuran mereka. kali ni bekerjasama pula dengan PT Foundation.

mulanya takut gak kalo2 takde sambutan dari ahli yg lain. nak kumpulkan 40 biji kereta memang susah kalo libatkan ahli2 KL ni. ntah ah. nak program, kitorang dah bagi. tapi tiba masa, ada je masalahnyer. kali ni dapat kumpulkan 36 biji ajer. x kisah la. janji semuanya berjalan lancar.

kasi briefing skit

majlis pelancaran di Sg Wang Plaza selepas kitorang berkonvoi beramai2 dari JKWPKL yg di escort oleh Trafik KL. rasa cam raja di jalanan sebab yg lain dipaksa beri laluan pd kitorang.

mc by Yasmin Yusof
pika ngan Kak Chik

aku jaga kawasan Times Square, Hang Tuah, Sg Wang dan Pudu. lepas bagi taklimat pada peserta, masing2 edarkan risalah tentang bahaya Aids pada public. masa ni la dapat tgk perangai orang. ada yang sudi nak amik. ada yang sudi menderma dan ada yg sudi melarikan diri.
macam la kitorang nak sapu Aids tu kat ngko!

geng Hang Tuah

mari ambil habuan masing2

secara overall nyer, aku berpuas hati pada teman2 yg sanggup join program ni. walaupun x dapat goodies spt yg dijanjikan.

Thursday, November 27, 2008

Konvensyen Dorang Yang Punyer!

Konvensyen KMK

Akhirnya segala penantian dan penat lelah abis jugak. hampir2 jugak kitorang bertelagah sesama sendiri. aku pun rasa naik fed-up buat benda ni. agaknyer lama sgt ngan dorang ni. pastu asik aku je yg kena. rasa cam bengang pun ada. ikut ati nak je aku tinggalkan dorang dan hilangkan diri terus. biar padan muker dorang ni.
biler pikir2, aku yg bersungguh2 nak libatkan diri utk KMK ni. aku suker buat benda2 camni. nak uji ketahanan dan kebolehan aku biler melibatkan kumpulan dan persembahan pada public.

masa raptai hari rabu aritu, ramai yang cam teruja biler MC sebut nama kumpulan kitorang. masa testing montaj kitorang pun, dorang cam kagum gak. rasanyer cam boleh menang je hehehe. semua persiapan dah ready. petang tu buat final check utk konvensyen arini.

kitorang kumpulan pertama yg akan present produk kitorang. memang rasa gabra pun ada. tapi aku cuba yakinkan diri dan bersedia utk sebarang kemungkinan. biler dah start lambat, aku lagi la gabra. ni la kalo kena tunggu VIP.

awal persembahan berjalan lancar. aku ngan rakan presenter baca ikut skrip, walaupun kengkadang tu ada gak terkehel bacaan. rasa cam nak abiskan cepat je. tetiba berlaku masalah teknikal pada sound system. memang bengang tul. rasa cam sabotaj je. mic terus off pastu bunyi bising kat dalam auditorium tu. tapi utk tjk kitorang ni pro, kitorang teruskan jugak presentation kitorang. biler dh pertengahan barulah ok. itupun xdpt markah tambahan ke???

lepas abis presentation, rasa cam dah lepas beban sepanjang persiapan kitorang. lega!

kumpulan yang lain pun bukan calang2 gak. rasa tercabar gak ni. argh lantak ah. janji kitorang dah buat sehabis baik.

the presenter

majlis penutup petang tu pun lambat gak. tunggu punyer tunggu. masa pengumuman pemenang, 3 tempat teratas, bukan milik kitorang. rasa hampa je. dpt saguhati jer. naper eh? apa yg kurang ni? tapi pemenang tadi memang boleh dipersoalkan. tapi nak buat camner, keputusan muktamad! xleh bagi bantahan. ala, yg handle pun jabatan dier, mestilah dier yg menang.

lagipun kitorang dimasukkan di dalam katedori pengurusan dan bukan teknikal. panel tu pun orang pengurusan, so apa yg dorang tau!


terima kasih pada fasilitator dan rakan2 KL MAYA. dan juga jabatan yg bagi support terutamanya Pengarah kitorang yg yakin kitorang bleh menang.

Wednesday, November 12, 2008

Edisi Holiday(?)

Alhamdulillah. dah sampai KL rupernyer. nak bangun pagi pun rasa cam malas. dh bercuti 3 hari, so semua otot2 dah dilonggarkan. alih2, bukak mata, rupernyer kena keja pagi ni. konon bercuti bleh rehatkan minda, tapi kat sana still teringat pasal assignment yang blum siap. bawak skali design yg perlu di re-design. start keja pagi ni kena g kursus KMK lak. camner la nak pi bercuti ngan tenang.

dapat voucher penginapan free kt Swiss Garden Damai Laut, Lumut lps dgr taklimat dorang masa kat Matta Fair tempoh ari. ajak si Wan temankan. mulanya mmg excited nak pi. lagipun org kata tpt ni mmg susah nak masuk melainkan dh booking awal. dan harganyer pun mahal jugak. tapi biler macam2 urusan kena buat, rasa cam malas pun ada. tapi akhirnya gagahkan jugak. peluang nak release tension!


9/11/2008

bertolak lewat skit coz kena attend kelas. pagi tu g opis dulu coz nak print design. kelam-kabut tul arini. design pun x firm lagi. tawakal je la pi assessment kang. dalam kelas pun rasa cam tak sabar coz takut bertolak lewat sgt. alih2 kul 3pm baru bertolak ke Lumut.

mmg jauh tul perjalanan ni. amik masa lebih kurang 3 jam baru sampai. xde berhenti langsung. takut sampai lewat malam. jalan raya punyer la berlekuk2. cam xde orang jaga langsung. kul 6:30 sampai ke Swiss Garden Apartment. jalan ke dalam sejauh 7km. kalo lewat malam sampai, memang takut punyer la. jalan masuk macam nk masuk ke dalam hutan. pas check-in, lepak kejap sebelum kluar outing ke Lumut Waterfront. pas beli barang skit kt sini, pi diner kat kedai ikan bakar. murah gak harga kat sini. maybe dkt ngan sumber laut kot.

lepas bersiap, aku sambung keja sekolah aku. kena paksa diri buat ni. kalo x, mesti x siap utk sessi krit ari selasa. dah lecturer soh datang jumpa dier. aku sibuk buat keja sekolah, si Wan ni sibuk chatting lak. jeles tul. sib baik bawaklaptop ngan broadband.


10/11/2008

pagi ni just lepak kat bilik je sambil sambung buat keja sekolah. ingatkan nak mandi laut @ pool tapi x jadi. pastu aku bagi cadangan nak pi Menara Condong Teluk Intan. ntah apa yg aku fikir ntah.

aritu baru buat assignment tapi just amik gambo dari web je. kali ni alang2 dh sampai sini, aku nekad je ajk Wan pegi. jauh tu mmg jauh, tapi nk pegi jugak.

gembira plak aku rasa biler dah sampai sini. walaupun x naik ke menara ni tapi dpt tgk dari dkt pun kire ok. siap berposing kat sini. org2 kat sini semuanya heran. nak kata pelancong asing, tapi muker cam orang jawa hahahahah.

pas lunch, kitorang gerak ke Lumut plak. konon nak pi naik bot ke Pulau Pangkor tapi x jadi jugak. just lepak kat sini. tgk pemandangan kat sini je la.


by kul 6:30pm, kitorang gerak balik ke SG. masa ni la kitorang diuji ngan jalan dan signboard kat sini. bermula dari simpang ke Teluk Batin, Ipoh, Sitiawan, Telok Senangin, kitorang mencari exit ke SG. dekat sejam kitorang 'tersesat' di simpang2 yang kurang signboard. rasa cam pelik plak. semalam senang je kitorang cari jalan balik.

malam ni pun sambung buat keja sekolah, ish tak best langsung kalo cuti camni.


11/11/2008

pagi ni bangun awal skit. bersiap2 utk check-out. arini plan singgah ke Teluk Batik sebelum balik ke KL. banyak perubahan kat sini. seingat aku, kali terakhir datang sini masa bersekolah menengah. itupun ikut kakak aku ke sini. lanskap kat sini pun cantik jugak. sempatlah pi beli tshirt.



Review
1. Trip dari KL ke Lumut = 556km
2. Trip Lumut ke KL = 280km
3. Jalan raya dari Bidor ke Lumut memang cam hampeh.
4. Driver kat sini sama macam kat Penang. yang bezanya dorang ni bleh bawak slow kt lorong laju.

Wednesday, October 29, 2008

Edisi Mengenyangkan Perut 7

Rumah Boss (Bangi)
kali ni boss plak buat open house. almaklum, tinggal sehari dua lagi Syawal akan berakhir. timing memang best. dier buat masa lunch time. dari kul 12pm-4pm. memang la lunch time, tapi buat waktu hari bekerja. abis tu, kire ngular la ni. ala, boss yg ajak. kenalah ikut kan hahahaha
masing2 sibuk nak menumpang ke sana. cari sesaper yang bawak kereta. transport opis pun maca ada xde. tu yg kelam kabut tu. aku lak. tunggu je la. mana tau ada orang nak kasi tumpang. malas gak nak drive ke sana.

mulanya, wani ajk g naik keta dier. tapi aku soh ikut transport opis yang ntah ada ntah tidak. so dier setuju je.

kul 12pm aku tumpang A.Zaki ngan budak2 lain ke sana. konon kluar awal, leh makan awal kan. ni kali kedua aku g rumah boss ni. rumah dier best gak. tempat tersorok skit, pastu design rumah memang kelas! simple yet nice.

pagi tadi memang sajer tak makan byk, nak standby utk ni la. balun 3 ekor ikan. fuhh, tu pun bleh layan lagi tu. tapi tahan je.

Menu : Ikan talapia bakar, nasi lemak, lontong

talapia bakar

dah cam kenduri ni...

refill...

ralat : apasal tarikh tu lain.

Tuesday, October 28, 2008

Edisi Mengenyangkan Perut 6

selagi belum abis raya, selagi tu open house dibuat. opis aku ni pun. dah 2 kali ni. yg first aritu, sponsored by budak2 yang terima anugerah cemerlang. selain bdk2 opis bawak port-luck. mmg terlebih2 makanan. arini utk mereka2 yg betul2 raya (lepas puasa 6). kononya majlis akhir syawal!. selain main course, nasi kerabu & mee singapura, yang lain pun bawak port-luck jugak.
dari pagi membawa ke petang, makanan ada lagi. tu la rezeki kat opis ni. pantang ada kenduri skit, masing2 bawak makanan. tu blum masuk orang2 yang selalu makan free. x bwk apa2.
"dah tau x bawak, tapi poyo cam dier yang punyer. berpada-pada la.
arini memang ari aku la. bdk opis kenakan aku. dorang perli sambil usik2 aku ngan 'si dia'. erm. ntah la. xleh marah ngan dorang ni. aku tau niat dorang. bukan aku yg x sabar. dorang lagi tak sabar dari aku agaknyer hahahah

orang2 dapur...

nyum nyum nyum...

Menu : nasi kerabu, mee singapura, roti jala, ketupat palas, kuih, air sirap hijau

Monday, October 27, 2008

Edisi Mengenyangkan Perut 5

Rumah K.Ijan (Ladang West, SD Plantation)
Cuti Deepavali. Plan nak g open House Chot. tapi famili lak ajk g Pulau Carey. tetiba je dornag plan. bukan nk bagitau awal2. so kena la ikutkan. kalo tak, derhaka tau heheheh. memang excited nak g sana. biler dorang bagitau yang cousin aku (pengurus ladang) kat Perak dah berpindah ke Pulau Carey, tu yg tak sabar nak tgk rumah dier tu. masa kat Perak tu pun , rumah dier dah besar. ni plak biler berpindah ke sini.
aku salute cousin aku ni. rezeki dier bertambah2. mungkin sebab dier dikurniakan anak angkat 'istimewa'. mungkin Tuhan nak beri balasan pada dier.
tapi yang leceh, jalan nak masuk ke rumah dier. ye la, ladang kelapa sawit. jalan plak tanah merah. dah cam 4x4 lak keta aku ni.
balik dah dekat kul 4, so xleh datang rumah Chot tu. balik, bantai tido. ngantuk sgt. masa drive balik tu pun dah pejam2 mata ni.

Medan Ikan Bakar (Kg. Baru)
bawak Mak ngan Wan g diner. biler mak kata nak masak apa2 tak malam ni. aku terus katakan dier yang nak bwk g makan kat luar. puas la cari tpt makan yang best. plan nak g Al-Azmi, tapi dorang ada function lak. at last, kitorang makan kat Kg. Baru je

Saturday, October 25, 2008

Edisi Mengenyangkan Perut 4

Rumah Kak Nor
arini pun takde kelas, so bleh kembangkan perut ke jemputan open house. arini nak g Cheras. set ngan bebudak opis, pegi konvoi sekali. pegi ngan orang berkeluarga. aku je yang bujang. so lone ranger la. sebelum tu pi bersiapkan diri.... gunting rambut & cuci keta.
sampai umah K.Nor pun dah dekat maghrib. makan pun sikit2 je, tapi makan semua hahaha.

Menu: nasi minyak, laksam, popia pedas goreng

Rumah Wani (Alam Damai)
aku ajak geng2 konvoi tadi bertandang umah Wani. dorang tu memang suka. dapat plak kenakan aku ngan si wani ni. besar gak umah dier ni. memang bertuah tul dorang ni.

Menu : yong tau fo, laksa

plan lps ni pi umah Avo sebab dier pun buat open house last minute. tapi sorry la Avo, kitorang xleh join coz dah lewat sgt. lenkali eh

Thursday, October 23, 2008

Edisi Mengenyangkan Perut 3

arini jabatan buat open house lak. planning dlm masa seminggu je kot. pastu hebahan ari Selasa. cam kelam-kabut je. aku lak kena buat iklan/ hebahan. aku rasa dah lawa, tapi biler komiti meeting, ada perubahan skit. bengang pun ada coz dorang buat ammend tanpa kebenaran. tapi lantak ah. lepas satu kerja.

pastu kena sediakan video promo utk family day jabatan. aku attach gambo & video masa lawatan ke Sg. Klah aritu. masukkan text, lagu baeeek punyer. hah siap lagi satu keja. tapi pagi ni lak kena pegi site visit dulu. ahsal la dorang buat arini. x sabar nak tgk reaksi staff lain biler tgk video tu.

cabutan bertuah...

VIP's...

pilih pilih pilih...

menu kali ni macam2 ada. dari satay, nasi minyak, kuih muih dan buah2 an. selain tu ada cabutan bertuah dari hamper2 dari Pengarah. dan tak sangka aku orang pertama yang dapat. cam tak caya lak. dapat kurma je. majlis ni pakai katering, senang skit keja kan. urusetia pun pandai pilih tempat dan dekorasi. tetamu kali ni TKP/Zul. x sangka pulak dier sanggup turun jumpa kitorang semua. bukan senang nk jumpa dier, selain masa meeting.

dah kenyang la tu...

Sunday, October 19, 2008

Edisi Mengenyangkan Perut 2

rasa malas ke kelas menyelubungi pagi tadi. nak pegi, xnak...??? argh malas lah. so ada masa lebih arini. boleh g open house hahaha. arini dapat 3 jemputan dari staff opis. kena plan baik punyer. set ngan bebudak lain.

Rumah A.Ghani (Tmn. Bukit Permai)
tak penah pegi ke sana. tapi dier pun beria2 ajak datang. siap bagi map lagi. rasanyer cam penah pegi kat bukit ni. pagi tu ajk geng utk temankan. petang ni mesti jem punyer kat MRR2 tu. tension je. takkan semua nak g open hse kot. dah sampai naik bukit tu, barulah perasan yang penah datang ke sini. ala, masa zaman jahat2 dulu la.
berkah aidilfitri, dapt jumpa geng sama2 gi training wataniah dulu. memnag kecil dunia ni kan. tapi x sempat nak bermesra lebih lama.

Menu : mee kari, nasi himpit, nugget
tuan rumah kira makanan...

asik ngan nuget je..

Rumah Ruby (Taman Samudera)
tahun lepas dah datang. aku ingatkan kenduri kawin. siap pasang khemah tu. tahun ni pun dorang buat camtu. tapi best gak. boleh ramai tetamu datang. on d way ke sana hujan lebat betul. bertambah jem jln MRR2. sib baik masa sampai, hujan dah berhenti. aku pun xtau nak makan apa lagi. perut pun mintak stop dulu.

Menu : nasi ayam, satay, mee kari

tuan rumah pi check lauk...

kuih ros...yahuuu


Rumah K.Sal (Taman Samudera)
rumahnyer dekat je ngan rumah aku. tapi x penah singgah langsung. nak tg dier buat open hse la. rupernyer dah berkali2 aku ikut jalan situ, rupernyer lalu depan rumahnyer. kena perli je la.

Menu : laksa sarawak, cheese cake, roti jala hijau



dok bersimpuh korang yer...

green net bread!

cukupla buat arini. cukuplah 3 rumah je. ni pun dorang ajk g 1 lagi. cukuplah tu. ni nak duduk bersila pun dah sendat. malam kang nak pi amik wan. nak anta dier g HQ. minggu depan dier ke Perlis hehehehehhehe (jahat ke)