Wednesday, December 31, 2008

Citer Langkawi - Hari 4

Isnin, 29th
Pagi ni, sarapan ditaja oleh Mak. siap buat lempeng. kena bersiap awal sebab kena naik feri kul 10am. kalo lambat kena tinggal plak. lepas caretaker check semuanya, kitorang bergerak ke jeti. xde masa nak pi ushar barang lagi. kali ni feri on time. bukan macam kat K.Perlis aritu. lambat dekat 1/2 jam.
rasa rugi gak sebab kena kluar awal. selalunya kul 12pm baru check-out. sib baik sewa murah hehehe.
pas drop-in barang dan park keta, kitorang terus masuk feri. kelam-kabut gak biler 2 kumpulan kitorang check-in tak sekali. sempat lagi dorang nak ushar barang lak, bersarapan la.

Padang Besar
sampai di jeti, amik keta dan terus ke Padang Besar. sessi menghabiskan duit kembali lagi. ada sajer yg dorang nk beli. aku lak, nak cari tshirt je. nak menambahkan stok dalam almari. sampai di sini, hujan plak. xde beza tempat ni. setiap tahun sama je. cuma yang bertambah, pengunjung je.

pas shopping, kitorang bertolak ke Sik plak. nak makan tengahari kat umah Pakcik. jam dah hampir kul 2pm. patut la lapar. kitorang sempat makan dulu sementara tunggu famili A. Long abis shopping. kat sini lepak je sementara nak bertolak balik ke Sg Petani.

sampai kat umah Achik, masing2 bersiap nak balik. aku lak stay sekejap. konon nak balik malam skit. tapi masing2 ngantuk dan tertido. lastly, balik pagi esok je.

Citer Langkawi - Hari 2 & 3 @ Langkawi

Sabtu, 27th
Pepagi dah bangun. bayangkan jugak. 40 orang menunggu giliran (berebut) nak mandi. seawal kul 4am dorang dh mandi. Aku? kena mandi kat porch luar tu. sib baik jiran2 x bangun lagi. kitorang kena gerak terus ke Jeti Kuala Perlis utk naik feri kul 10:30am.

on the way, sempat singgah kat kat pump station utk berhenti buang air ngan beli sarapan. sampai sana, pi cari makan. nak lapik perut sementara naik feri kjp lagi. tapi xmo makan byk sgt. nanti skt perut lak. takut pening pun ada kat feri tu nanti.

Langkawi
sampai kat Langkawi. tunggu keta sewa datang. sementara tu pi ushar kot2 ada jualan murah ke kat sini. masa ni dh kelam-kabut. dah ramai sgt. x tau nak sumbat keta camni. terpaksa hantar 1 kumpulan ke hotel dulu. lepas tersesat mencari hotel kitorang, akhirnya jumpa jugak. sib baik dapat 2 unit. famili aku dok 1 unit. dan Abg Long dok ngan famili dier dan famili kakak ipar aku. so petang ni lepak kejap sebelum kluar pi makan.

pas makan, kitorang pi ronda Pekan Kuah dan menuju ke Makam Mahsuri. mulanya xnak masuk sebab pakai sluar pendek. tapi tgk orang lain main masuk je heheh. dah berubah tempat ni sejak beberapa tahun dulu. skrg dorang dh buat cam kompleks. ada muzium, ada zoo, ada kedai cenderamata dan live show. kat sebelah plak ada bazaar tempat jualan pakaian.



Ahad, 28th
Pagi ni xde sarapan. kitorang bersiap nak kluar mandi laut kat Pantai Cenang. kali ni berpecah ngan famili A. Long. malas nak tg dorang. dari semalam asik tg dorang. plan ntah ke mana. masih2 lambat bersiap.
on the way ke sana, singgah jap kat kedai perusahaan gamat Nusantara. macam2 ada kat sini. yg best. botol gamat gergasi!.

pas sarapan. semua berendam kat laut. air pun ok dan xde ombak sgt. sempat lagi kitorang naik banana boat.


Cable Car & Telaga Tujuh
pas penat berendam, kitorang menyusuri pesisir Pantai Cenang dan airport dan terus menuju ke Cable Car. nak beranikan diri naik keta kabel ni. dah alang2 sampai sini kan. sampai sana, nampak ramainyer orang. kawasan sekeliling best gak coz ada tempat jualan skali. pi check kat kaunter tiket; kena tunggu 2 jam sebelum dapat naik. nampaknyer terpaksa batalkan niat nak naik (padahal takut pun ada).

pastu kluar menuju ke Telaga Tujuh. aku pun xtau apa yg ada kat sini. ingatkan ada 7 telaga @ perigi. kat sini pun ada kedai2 jualan. rupernyer, nak tengok kena daki lebih kurang 600 anak tangga! nak mampus rasanyer mendaki tangga ni. tapi kena terus kan juga coz anak2 buah semua dah naik. sampai atas ni rupernya ada tempat mandi jugak. sempat lepak sekejapsebelum turun semula.


Beras Terbakar

trip diteruskan ke Beras Terbakar plak. seingat aku dah pernah sampai kat sini. yang tinggal cuma baki beras yg dh terbakar. betul ke? sampai sini, kitorang pi makan dulu. meriah tpt ni. lagi plak ada pasar malam. nak masuk ke dalam pun dorang buat kedai2 menjual pelbagai barangan.


Dataran Lang
mak teringin nak datang tengok helang besar ni. dulu datang waktu siang. nampak la burung ni. kali ni sampai dah malam. lagipun dorang x pasang lampu kat kawasan ni. tu yang gelap je.

Citer Langkawi - Hari 1 @ Sg. Petani

Alhamdulillah. Trip berjaya dilaksanakan. Tghari semalam baru sampai kat umah. Penat? memang x terkata. kaki pun sakit menekan minyak sepanjang driving. Duit? memang banyak yang habis. memang x byk barang dibeli, tapi perabis kat makan je

Jumaat, 26th
Kul 11pm, konvoi 7 keta ke Sungai Petani. aku bukannyer suker sgt drive memalam ni. mesti ngantuk punyer. lagi plak, dorang semua keta power2. aku setakat 1.o aku tu je. berhenti rehat kat R&R Sg Perak utk minum dan tido kejap. memang xleh nak lelap.

lepas rehat kejap, konvoi terus menuju ke Sg. Petani. sampai sana kul 6:30 pagi. lepas punggah barang, layan tido kejap. nak pilih tempat tido pun jd problem. bayangkan 40 orang nak tido kat rumah teres 3 bilik ni.

lepas bersarapan, xtau nak buat apa. Jumaat pun ntah ke mana. petang tu aku ajak anak buah g layan boling kat SP. x sangka lak, ada jugak boling kat sini kan.



Tanjung Dawai
malamnye, kitorang bergerak ke Tanjung Dawai. pi diner kat sana. ikut hati malas nak makan. lepas boling tadi kitorang layan nasi lemak & bihun sup. dh berapa kali kitorang makan kat sini. tepi muara sungai. rasanya kitorangnye meja yg terpanjang, order sampai 6 hidang. mmg x hengat punyer makan.

Wednesday, December 24, 2008

tiMEout!


dah hampir penghujung tahun 2008. akan menjelang tahun baru 2009. dan x lupa pada Awal Muharram yg akan menjelang pada 1 Muharram 1430 (29.12.2008). ramai yg asik ngan kalender omputih ni. sampai luper pada kalender yg sepatutnya menjadi rujukan kiter.
apa yang aku kecapi tahun ni? ntah la. ada yang berjaya disempurnakan. dan ada gak yg tak tercapai..
kengkadang tu memang x pikir apa planning utk setiap tahun. takleh nak buat SKT. apa yg mendatang. idea apa yg tetiba muncul. semuanya last minute. janji aku hepi ngan apa yg aku lakukan.

so, mulai esok aku akan bercuti sampai ke tahun depan.ke Langkawi. ala, percutian keluarga. semuanyer dh di plan. ikut je la. tapi aku ada gak plan xtvt kt sana. nk beranikan diri g naik kereta kabel tu ngan skuba sekali lagi...insya Allah.

so guys. kiter jumpa tahun 2009 k. di kesempatan ni aku ucapkan, terima kasih pada 'korang' yang menjadi kawan, sahabat dan rakan aku. moga tali persahabatan kiter berkekalan.

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Saturday, December 20, 2008

Jom Kecoh!

ikut akak bawak mak g JomHeboh kat Bukit Jalil. dah xde benda nak buat kat umah. ikut ja la. lagipun aku suka kalo ada pesta jualan camni. meriah je. ingat nak g naik LRT je. dah tentu jalan jem. ramai sgt org nak pi sana. tapi dorang nak gak bawak keta. kena la ikut jugak.
"sampai kat sana, jalan dh jem. yang ikut jalan sendiri, dan yang potong Q.
lepas park keta, kitorang meronda kat sini. yang datang semua beli jajan yang dibungkus dalam beg. bukannya nak beli makanan tu, nak simpan paper beg tu agaknyer. termasuk la kitorang. eh bukan aku eh. aku beli perfume 'Mawi' je heheh.

Thursday, December 11, 2008

Misi Diteruskan...

misi mencari laptop wan diteruskan lagi malam tadi. semalam g TS x de yg berkenan. alih2 g lak kat MV ni hah. dah cam aku lak yg nak cari benda ni. dah tu dier pun x update blog kan. so tumpang kat blog aku je la hahah.

ajk K.Chik sekali. dah tau dah, dier mesti nak ikutnyer. lagipun rumah dekat kan. konon nak gerak lepas balik kerja. tapi sebab hujan lebat, ditambah lak jem (orang Selangor la ni!). kluar dari opis lepas Maghrib.
"semalam rekemen kat Vaio, tapi mahal skit. tadi ushar kat Acer lak. terus berkenan.
sebelum tu kitorang g kedai buku. wan pi cari buku, aku teruskan misi mencari hadiah utk K.Chik. dah janji ngan dier kan nk bagi, kenalah cari hahaha. dapat cari brg yg aku berkenan. kalo dier xnak pun, leh amik balik kan hihihi.

pas beli laptop tu, kitorang g makan kat Carls Jr (lagi!). tempat lain pun dah nak tutup. so kedai fastfood je bukak sampai tgh malam.