Tuesday, September 30, 2008

1 Syawal 1429H @ 1 Okt 2008


Alhamdulillah. sebentar tadi pengumuman dari penyimpan mohor besar raja2 memaklumkan bahawa Aidilfitri jatuh pada Rabu, 1 Okt. 2008. so ada masa sehari lagi utk bersiap2 sebelum menyambut ari kemenangan nanti. kena tengok persiapan utk keluarga, rumah dan juga diri sendiri.

ready for tomorrow

Baju Melayu = siap
Sampin = tgh jahit
Butang Baju = dah beli 2. dapat free 1
Songkok = pakai lama punyer
Duit raya = dah tukar
Rambut = baru potong tadi

esok pagi nak kena pasang tikar getah kat umah ni. tadi beli pun terkial2 nak bawak balik. berat oo. dah la tgn ni terkehel.

Ucapan Hari Raya

"Bile raye line bz giler, Masa 2 maki pun xgune,
Maxis, Celcom, Digi semuanye
same, Org bijak, x pyh tg mlm raye,
Ucap skrg pun bleh ape.

bertalu2 dapat msg dari kengkawan yang sudi menghantar ucapan melalui SMS. kalo nak dikira kad yang aku terima, cuma 4 keping je.

Terima kasih kepada Tarmizi, Khairil, Sheikh Yusmadi, Arezique, Helmi, Azmi, Zahir, Fahime, Mezzy, totttis, Irrahady, Asmadi, Spessotz, Mega, Man, Manja, Nizam, Gent, Pyan, Kak Sadi, Mas, Helmy, Pikalazi, Ijai, Yan, Zul, Made, Mozweed, Mie, Kak Chik, pak Derus, K'Own, Dura, Redgiant, Ieca, Faeizah, Mizan, Acai, Zaki, Sairee, En. Jum, Nadya, Waheeda, Chot, Syarath, kak Liza, Sue, Ella, & Riduwan.

"Hari lebaran kini menjelma, Kenangan lalu sentiasa
diingatan,
Tangan dihulur kemaafan dipinta, Salam Aidilfitri dan harapan
kekal persahabatan.

Friday, September 26, 2008

Edisi Aidilfitri 1429H



setelah hampir sebulan berpuasa, akhirnya tibalah hari meraikan kemenangan yang ditunggu2 oleh semua muslimin & muslimat. segala kepayahan, pengorbanan, kesabaran dll akhirnya berbalas jugak. bagi mereka yang betul2 'berpuasa', maka ianya merupakan satu kemenangan. bagi yang puasanya ibarat 'yang-yang yok', hah lu pikirla sendiri k.

aku???, rasanyer puasa aku ni tak complete lagi la. banyak benda yang aku tak dapat buat. dan byk tanggungjawab yang aku lupakan. ish, camner la nak jadi muslim yang cemerlang ni.

di kesempatan ini, aku mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Minta halal makan minum dan segala keterlanjuran yang telah dan mungkin aku lakukan. Semoga bergembira di hari raya ini dan sentiasa berada dalam kerahmatanNya.

" Hari lebaran kini menjelma,
Kenangan lalu sentiasa diingatan,
Tangan dihulur kemaafan dipinta,
Salam Aidilfitri dan harapan kekal persahabatan.

Thursday, September 25, 2008

Buka Puasa!


dah dekat nak raya, baru plan nak kluar berbuka puasa ngan bebudak ni. ingatkan malas la nak pi, tapi biler difikirkan lepas ni mungkin susah nak jumpa dorang ni. so, ikut je la. kitorang berbuka kat Al-Azmi, Sentul. selalunyer kitorang lepas sini lepas main badminton. tu yang rasa pelik biler terang2 lagi dah sampai kat sini.
lauk-pauk dah dipilih. so datang makan je la. aku lagi suka makan camni. tak banyak bleh ditelah.

lepas makan, rushing pi SPACE lak. ada design crit ngan lecturer. dah la perut tak hadam lagi, ni nak berkejar ke sana plak. ingat ati memang takmo pi.malas pun ada. sampai sana, puas la aku cari bebudak yang lain. alih2 dapat tahu yang kelas ditunda ke malam esok. Aiyak...hampess tul

Tuesday, September 23, 2008

The Big Give



Ianya antara rancangan realiti tv yang best. sebelum ni kiter sering ditunjukkan rancangan realiti yang berkonsep hiburan semata-mata. kalo menang menyanyi, bleh jadi artis @ selebriti. abis tu, orang yang undi korang tu dapat apa???
rancangan ni berkonsepkan bagaimana kita menolong insan-insan yang memerlukan. kat malaysia ni macam citer 'Bersamamu' dan Gegar U. tapi yang bezanya, The Big Give memerlukan peserta mencari sendiri insan yang perlu mereka bantu dengan nilai wang yang diberi.awal siaran memang tak follow pun, tapi sejak 2 minggu sebelum finale, aku beria2 tunggu semata2 nak tgk saper pemenangnya.


Finale
Dalam episod akhir 'Sehelai Sepinggang'; Cameroon, Brandi & Stephen tidak diberi sesen pun tapi mereka diminta buat kebajikan di Chicago. walau dari proses awal mereka bertelagah hingga mahu membuktikan bahawa mereka yang lebih layak, namun di akhirnya, dorang bertiga berjaya melaksanakan misi membantu pelajar di sekolah Chicago Hope dan juga di salah sebuah Hospital di sana.
masa berdepan dengan hakim, mereka tak tahu yang mereka beserta 7 peserta yg tersingkir awal akan menerima USD30k setiap orang. dan johan pada malam tu akan memenangi USD1mil. di mana USD500k utk diri sendiri dan baki akan diberi pada insan yang kurang bernasib baik.

the Winner
malam tu Stephen (baju hitam) telah diangkat sbg pemenang. walaupun aku tak berapa suker sgt kat mamat ni tapi mungkin juri lebih menilai dier sepanjang dier 'berkhidmat' pada orang lain.

"fikirkan apa yang anda ingin sumbangkan (Oprah)

Tuesday, September 16, 2008

Dirgahayu Malaysia!

Selamat Hari Malaysia. pagi2 lagi aku dah ucap kat opismate. eh cam pelik plak biler bagi ucapan cam ni. selalunyer ucap selamat merdeka je. tapi sejak kebelakangan ni tarikh 16.09 memang dekat di hati. mungkin kiter terlalu asyik dengan tarikh 31.08 yang datang setiap tahun. tapi sebenarnya kiter lupa pada kawan2 kiter di Sabah & Sarawak semasa mereka bersetuju untuk bersama2 mengecapi kemerdekaan.
"Empat puluh lima tahun lalu, enam tahun selepas mengecapi kemerdekaan, negara ini mulai dikenal sebagai Negara Malaysia. Tarikh keramat 16 September 1963 menyaksikan pembentukan sebuah negara Persekutuan Malaysia yang berdaulat dan bebas merdeka. Pada hari tersebut rakyat Malaysia seluruhnya, dari Perlis hingga ke Sabah, tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban, bersetuju untuk hidup bersama. (DSAI)

Monday, September 15, 2008

Berbuka Puasa bersama Kenarianz

seperti tahun2 sebelumnyer, semalam kelab aku buat majlis berbuka puasa bersama. kali ni lebih ramai members yang join. dah makin besar rupernyer famili Kenarianz ni. dah macam2 perangai ada. yang best skali, member Perak pun sanggup turun sama. korang memang wicked la!
teringat lak pada tahun lepas, kitorang join majlis buka puasa bersama anak2 yatim. masa tu la rasa bertuahnyer diri dikurniakan rezeki yang lebih berbanding adik2 kat sana. sesekali kita perlu toleh ke belakang, melihat saudara yang lain kan???
tahun ni kitorang buat di Restoren Qaseh, Bt 3, Shah Alam. tempat memang sempoi dgn hidangan masakan kampung. tapi malam tu ramai la plak yang turun berbuka kat sana. so terpaksalah bersabar nak amik makanan. sampai ada member yang sanggup duduk berlapik tikar getah di koridor kedai tu.
dah namanyer berbuka kat luar, mesti tak kenyang punyer. makan pun macam kena catu. pastu kena control la skit. tak bleh gelojoh sgt. mahu kena cari makan lepas majlis ni.

Wednesday, September 10, 2008

Double Certs!

Arini dapat 2 sijil yang berbeza. Sijil? ala yang ada tulis2 tu ler. ada bunger, ada logo. siap ada nama lagi. kedua2nya membawa makna yang berbeza pada diri aku ni. itu maknanyer segala usaha dan penat lelah aku berbaloi dengan penerimaan sijil ni.



sijil pertama ni aku amik tengahari tadi. berkaitan pendaftaran kelab kereta aku. usaha sejak tahun lepas membuahkan hasil. banyak gak keringat ditumpukan utk pendaftaran ni. berulang kali turun naik ke bangunan pejabat ROS, semata2 nak pastikan kelab kitorang SAH di Malaysia ni. lepas ni macam2 xtvt bleh buat, boleh mintak sponsor lagi. sejak semalam aku rasa terkilan bila dapat tahu yang member lain dah tahu lebih awal ttg kelulusan kelab ni. Kenapa aku dilupakan? kan aku yang bersusah payah buat kerja2 tu. tapi dorang tak hargai pun. tapi, kata kawan aku, kita buat kerja kena la ikhlas. biar orang lain yg dapat kredit. xpe la, asalkan niat utk dapatkan kelulusan kelab ni berbaloi gak. terharu pun ada.


petang tadi dapat sijil kedua lak, ttg pengorbanan aku di pejabat. Sijil Khidmat Cemerlang. setelah abis majlis pada bulan lepas. arini, aku terima sijil ni. berkilau2 lagi. siap tjk kat budak opis lain. nak kasi kongsi la. tapi yang tak bestnyer biler tgk sijil utk staf bawahan yang macam sijil sekolah, double standard tul. kenapa la nak membeza2kan sijil ni.

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan 1429H



Segala puji dan syukur kepadaNya kerana memberi peluang dan kerahmatan utk aku menempuhi ibadah ini lagi. kedatanganya setahun sekali. itupun ada yang merengus biler ianya kian hampir. bagi aku? memang aku suka kedatangannyer. selain menambah ibadah, boleh gak kurangkan 'kandungan' badan aku ni. rasanya takde preparation pun utk sambut Ramadhan kali ni. aku cuba untuk bersama2 memperbanyakkan ibadah. tapi kadang-kala sering alpa dan lalai. betapa kerdilnyer aku ni.

di kesempatan ini, aku mohon kemaafan kepada kengkawan di atas kesalahan dan kesilapan sehingga kini. dan tak lupa, agar kita bersama2 melakukan ibadah dan merebut seberapa banyak 'hadiah' dariNya.

Kian berlabuh tirai Syaaban,
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati ikhlas amalan,
Semoga segala ibadah diberkati.