Thursday, October 1, 2009

Raya kini berlalu...

dah lebih 10 hari aidilfitri tapi still xtau nk update apa. bukan xde xtvt tapi rasanya raya tahun ni paling padat di awal mg. byk tempak pokchik pegi. dari bt caves ke Jengka hingga ke Butterworth. syok gak. tak tau nk citer camne. lagipun line kat opis ni dh sengal. terpaksa menumpang kengkwn nyer b'band.

mesti korang ushar kt blog ni kan. tunggu la k. tgh edit gambo utk tatapan uols.

Thursday, September 10, 2009

09.09.09

semalam, tentu ramai yg tunggu tarikh yg datang hanya sekali ni. macam2 plan nk dibuat, konon nk simpan memori la. pokchik biasa je. xde benda yg spesel pun. cuma semalam pagi ada site meeting ngan majlis berbuka posa ngan bebudak opis ni. dalam bulan posa ni tak banyak keje leh dibuat (padahal sajer xmo buat) dengan alasan letih la.

Pagi semalam projek pokchik didatangi tetamu VIP. so kena la standby apa yg patut. sepatutnya mg lepas dier dtg tp postponed last minute lak. padahal pokchik kena pi site meeting kat Jln Bellamy tapi xmo lepaskan peluang nk tgk VIP ni dtg melawat projek pokchik ni.

pas briefing kitorang standby kalo2 VIP nk g melawat tapak, rupernye hampeh, cukup tgk dari jauh je. lantak ah janji briefing pagi tu membuatkan semua building team tersenyum puas. sekurang2 ada jalan yg diberi utk settlekan masalah yg ada.

Buka Posa @ Studio Cafe
setiap tahun mesti plan nk buka posa ngan budak opis. tp nk kumpulkan dorang ni susah skit. ye ah mana tau kalo xde sambutan. 2 tahun lepas ada sponsor kat Saloma Bistro heheh. tahun ni syp je. pokchik dpt jemputan buka posa Isnin depan kt Tropicana tapi xmo gi ah. Naper? ada lah hahaha. cuma tg ari Sabtu ni je utk Azida.

restoren ni di rekemen oleh si Jelitaz tu. ye la dorang g tanpa pokchik kan. terpaksa la gi ngan kwn2 opis je.

kumpul punyer kumpul, 12 org gak yg berminat nk join. tempat ok! makanan ok! repeat? boleh je. masa ni tuan punyer kedai ada buat photoshoot utk paper keluaran raya nanti. terselit la muker kitorang nanti. berlakon berborak ng beratur amik makan.

tpt nyanyi yg menjadi idaman...

muker tuan kedai cuak gak biler kitorang bgtau dari mana? "Ada lesen x kedai ni?" hahahha

Friday, August 21, 2009

bersediakah pokchik???

kat opis ni tgh kelam kabut coz nk mengejar ISO bulan 10 ni. dan yg terbaru ni, org SIRIM nak dtg 3/9 ni. dorang bagitau nk dptkan ISO ni bukan senang. kena kerjasama dari staff bawahan hinggalah ke bigboss. tapi kalo ada yg jenis buat hal sendiri, x pikir org lain, susah la kan.

dari penyediaan dokumen hinggalah persediaan diri sendiri. ditakutkan lagi bile dorang bagitau yg auditor tu akan main pilih je saper yg dier nak. kalo2 terjumpa kat tandas ke, hah siap le saper yg kena tanyer tu. kalo xleh, bg la alasan yg bleh diterima.

selain tu, title kat atas tu gak utk mengingatkan pokchik tentang Ramadhan yang mendatang. kalo ikut fizikal, insya allah pokchik dh bersedia. tapi kalo batiniah ni yg susah skit. takut2 kalo melakukan perkara2 yg leh batalkan puasa. nampak cam mudah tapi...???

Ramadhan, bulan membasuh daki dunia!

sejak dari semalam dah terima sms mendoakan kesejahteraan pokchik menjalani ibadah puasa ni. dan kiter juga dituntut untuk melakukan perkara2 yg perlu sebelum puasa ni. oleh itu, pokchik MOHON MAAF pada kengkawan. maaf atas segala keterlanjuran sepanjang persahabatan kita. semoga kiter bersama menjalani ibadah ngan penuh kesempurnaan. Amin!



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Wednesday, August 19, 2009

ke manakah pokchik..??

Salam bertaut kembali heheh. lama jugak pokchik tinggalkan ruangan coretan kt blog ni, sampai ada org tu balas pertanyaan 'dah bersarang' blog pokchik ni. sebenarnya ada je xtvt yg dibuat tapi cam malas nk update kat sini. cam penah pokchik bagitau, citer2 kt blog ni la yang orng leh tau xtvt dan 'kehilangan' kita.

yang leh bagitau dlm bulan ni pokchik dh menerjah ke Melaka dan bandar JB, kenalah bercuti kan, xkan asik terperap je. sesekali kepala ni kena lepaskan stress gak.

yang pasti, bukan atas urusan keja tapi bersosial semata2.

awl minggu ni pokchik g ushar konvo kat UTM, Skudai. nk rasa suasana org amik skroll. mana tau dalam 2 tahun ni pokchik nyer turn lak, insya allah. x sabar dh ni. nk jimat blanjer sgt, pokchik g naik bas je. terkenang2 zaman blajar kt Kuantan dulu. tapi tetap nk pilih bas yg best kan. padahal takut gak coz skrg ni kan byk kes2 pasal bas express ni.

kat sana tumpang dok umah Syam je. keta xde, kitorang jd mat rempit kat sana. sib baik jarak perjalanan x jauh sgt. hujan? sib baik x lebat, main redah je.

sempat gak g tgk movie kt City Sq ngan layan boling kt Skudai Parade. memang azab tpt boling ni. sampai je terus teringat kt UE3....adush. jd penyebab kalah main boling hahahha

25-26 Julai 2009
Havocz menggegarkan bandar Merlimau dan Melaka. x menentu Havocz kalo senyap je. ada je benda yg leh dibuat lawak. plan dlm masa yg singkat je tapi alhamdulillah berjaya gak. itupun ada je hal yg melanda. dan sib baik dapat fikirkan solution nyer.

konon nk gerak kul 8pm tapi bertolak kul 10pm jadinye. diner ikan bakar pun kul 12pm. sib baik abg tu nk layan masak utk kitorang lagi.


yang pentingnyer, Havocz akan plan ke Melaka lagi....

Wednesday, July 8, 2009

padan muker pokchik!

apa la yg nk dicerita ni kan. bdn still penat lagi. semlam petang baru sampai dari JB. minggu ni asik cuti je (tapi pokchik suker hahah). Gi JB ari Isnin-Selasa. ari ni masuk opis. pastu esok till Jumaat nak cuti exam lak. kakak kat opis siap tanyer naper x cuti terus je. arini nk settlekan semua surat dan dokumen utk meeting mg depan dulu sebelum leh cuti kan.

masa kt JB tak banyak benda nk citer la. x syok coz kena tgl sorang diri. tp sempat pi Danga Bay, JB Sentral ngan City Square. pas anta Syam ke opis rupernye petang tu dier dh kena outstation. sib baik sempat g lunch sama dulu. semlam balik pun x sempat nk jumpa dier gak. dh mati kutu dok JB sorg2. nak jumpa member pun x tau kat mana. so pi feeling kat City Sq, pi tgk Ice Age.

masa kt JB ada hal yg tak pernah terlintas di fikiran pokchik akan berlaku. tapi pokchik redha coz memang salah pokchik. bak kata org sekarang "padan muker ko".

dh ah malas nk pikir. kali ni pokchik nk rekemen lagu baru. sejak sebulan dua ni asik layan lagu ni je. sampai si Jelitazz pun tersampuk gak hahaha.

Cari Jodoh by Wali Band

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

bagi mereka2 yg merasakan dirinya 'tak laku' leh bersama2 nyanyi lagu ni hahaha.

Friday, June 26, 2009

amarah ku bermula....

awal minggu ni pokchik sentiasa bersedia ngan apa yg akan berlaku. berita gembira? mungkin bagi pihak yg betul2 nakkan keja tu. tapi kalo ditanye kat pokchik..sori la. tawaran yg korang bagi tu cam 'mengikat' orang. dan jugak korang memegang rezeki orang. memang bull S*^t.

x penah pokchik dgr pasal sesuatu tawaran keja yg xde tempat posting. pelik x?

kalo masa interview korang x bagitau boleh diterima lagi, ini plak lepas induksi atau latihan still x bagi tau. apa kejadahnyer. maunye sepanjang latihan tu ada yg gabra dan takut menanti tpt keja baru dorang tu. kalo ikutkan memang xde kena mengena ngan pokchik, tapi pokchik xleh terima perangai camni. cuba bayangkan orang yg dok jauh2 tu tetiba dpat posting kt KL...dan plak org KL tetiba tercampak sampai ke hujung semenanjung?????

kes bermula biler malam td Syam bagitau tempat posting dier. pokchik pun rasa berdebar gak menunggu result. lama gak kitorang berbincang dan hampir bergaduh! x pasal2 dier kena marah ngan pokchik. sebenarnya bukan marah kt dier tapi pokchik xleh sembunyikan amarah pokchik pada agensi tu. sebelum tu kitorang pun berbincang dan dptkan pandangan dari Havocz. dan kitorang sama je, memang menyumpah kat agensi tu.

memang org akan kata rezeki tapi kalo begini caranya, adakah rezeki namanya. jgn amik kesempatan orang xde kerja dan korang bleh buat camni.

walau apa2pun cam pokchik selalu cakap kat Syam, setiap masalah atau kesusahan pasti ada jalan penyelesaian. kalo jalan tu membawa kpd top management pun, kiter kena lawan gak!

Wednesday, June 24, 2009

kebetulan ke?

kan aritu pokchik bagitau yg pinggang ni tgh sakit. yg herannya Mak ngan Akak pun sakit2 gak badan dorang. Abg Ipar pun baru baik dr sakit. adakah kebetulan?? pening gak fikir kan. sebenarnya mak pun sebelum kenduri kawin aritu pun sakit2 badan. dh berumur kan. x kasi dier buat keja berat...tapi mak ni jenis kerja kuat. mana suker dok jer.

ari isnin aritu pi jenguk umah abang yg baru pindh kat area umah pokchik. pasni kalo lapar2 tu leh bertandang ke rumah dier hahah. dorang tak bagitau pun nk pindah aritu. pokchik dtg coz dorang soh abiskan makanan selain bawak mak balik.

masa tu la salah sorang sedara pokchik tanyer kat mak pasal sakit2 badan ni. tetiba dier tanyer, ada terluper ke 'perkara2' yang selalu dibuat selepas abis kenduri? pokchik pun tercengang gak. borak punyer borak, mak pun bagitau mmg selalu kalo abis kenduri, mak akan buat something terutamanya makanan utk diberi pada famili dan jiran2 tetangga. masa ni lah Kak Ngah bagitau mungkin mak terlupa buat kot.


baru mak teringat yg dier luper buat nasi merah (bubur nasi kaler merah). selalu mmg mak akan buat. mungkin terlampau penat sampai terluper kot.

bukannya nak percaya tapi nilah adat orang2 lama dulu terutamanya famili pokchik. ala kalo bukan percaya pun kiter niat nk balas jasa jiran2 la kan.

selain tu lak nasi merah ni memang favourite pokchik. selalu berebut nasi putih tu ngan famili. disebabkan ni gak pokchik cancel plan nk jumpa Havocz malam tadi. sorry guys. melepas si Jelitaz nk berbuka KFC yer...

mat rempit?...argh tidak.....!

menggigil gak paler lutut ni biler bawak moto pagi tadi. cam kelakar pun ada. tak ingat dh baper lama tinggalkan budaya membawa moto ni. dulu sebelum ada 1st keta (kancil je), pokchik bawak moto ke opis la. masa tu x mampu nak beli keta lg. ntah hilang ke mana moto pokchik tu. asik berpindah tangan je ngan adik bradik. sedih gak biler terkenangkan EX5 pokchik tu. bayangkan biler cuti semester blaja dulu (kengkadang cuti hujung minggu pun), pokchik ride dari Kuantan ke KL.

dressing, jgn lawan ah. cam bawak super bike hahahah

ala bawak moto tu pun kalo bukan sebab dh lama tersadai kat parking umah tu, jgn harap la pokchik nak bawak. moto Syam tu dh naik berabuk kat situ. kengkadang kalo dier rajin je pi panaskan enjin. dh senang skrg ni, sejak ada driver menghantar dier gi opis hehehe.

semalam pi balik amik moto tu kat umah pokchik. dlm hati takut pun ada. konon nak balik tghari tu tapi ada mtg lak. tu yg kena bawak balik waktu malam. takut? memang takut. sebelum ni masa bwk keta kengkadang tu menyumpah gak mat2 moto ni. tapi biler bwk sendiri, baru tau perasaan seorng biker (bukan mat rempit k)

bertambah cuak lak, minyak moto tu dh hampir kering. sib baik cukup2 sampai ke umah mak.

Monday, June 22, 2009

minggu menunggumu...

adush, tetiba pinggang ni sakit plak. ada je yg sakit sejak 2 menjak ni. kenapa erk??? yg herannya kat umah, Mak ngan Akak pun sakit2 badan gak. kebetulan ke? tetiba sakit pas pokchik tukar cover sofa. pertama kali bukak utk basuh cover tu. cam best je. ye ah, tak penah dibukak kan. rupernyer leh bukak semua sekali. nyesal lak pokchik tak amik gambo sofa berbogel tu.

rasanya minggu ni rasa cam lambat je nk abis. mmg takde kelas cuma datang ari sabtu utk pendaftaran semester baru. pastu terus dok kat umah je. minggu ni jadi suri rumah hahaha. sejak Syam xde, terpaksa la bersihkan rumah sendiri. kalo tak, mesti dier yg 'rajin' kemaskan rumah. cepat skit balik ye. dh naik bersawang rumah kiter tu.

Ahad, 21st
dok kat umah je. sepatutnya balik umah mak tapi tangguh punyer tangguh terlajak sampai malam. konon nak bawak balik moto Syam, tapi Akak bagitau hujan lak kat sana. lagi pun pinggang pokchik tak baik2 lagi. aduyai....

dok kat umah ni leh jimat skit (padahal malas!). sib baik ada bahan utk masak mee sup. semalam ada lebihan dari bahan buat mee goreng. allo, pokchik pandai masak yer. tapi kena call Kak Shidah tanyer camner nak masak dulu. pokchik ingatkan kena guna dapur gas ngan periuk nasi tu hahahah. takkan la kan, mau hitam buntut periuk tu hihihi

kali ni resepi menjadi, bangga sungguh pokchik. teringin nk masakkan Havocz lak pasni. tak la asik makan ayam golek si Jelitaz kan heheheh. sempat mms kat Syam, tunjukkan hasilnya.


sebelum balik umah Mak, pi jumpa Dee ngan Min. igtkan dorang takmo jumpa pokchik dah. ye ah, sejak kes bersengketa bagai dorang tu, tak pasal2 pokchik pun terlibat. ala, Havocz ni mana pernah sentap lama2 pun. kejap ke tu. kiter tunggu je la.....

masa jumpa dorang ni , lepas gak rindu kat 'bhudak ghemok' tu. tak keruan dibuatnya.

Sabtu, 20th
pagi dah g SPACE utk daftar subjek utk sem depan. sib baik takde kelas, so leh balik umah berehat. sebelum balik sgh beli lunch dan seharian dok kat umah. boring tu mmg ah boring. xde kawan nk layan berborak. Havocz pun xde yg sudi ajk pokchik kuar.

sib baik petang tu Mak ngan famili datang bertandang ke rumah. siap bwk bahan utk masak mee goreng utk diner. konon nk bawak ank buah g mandi pool tapi dorang nk balik awal lak.

pas makan, dorang nak balik umah. so tgl ah pokchik sengsorang diri semula. kengkadang rasa sunyi bile hidup sorang2 ni. cam ade je yg kurang?? apa eh??

malam ni tido sorang la nampaknyer..

Friday, June 19, 2009

antara 2 arahan...mana yg besar?

semalam ada 2 taklimat yang bertembung, dalam masa yang sama. pokchik confuse nk pegi yang mana satu. sebenarnya dua2 penting. satu melibatkan keja dan lagi satu melibatkan minat selain komiti yg pokchik sertai. pikir punyer pikir, pokchik nekad nk g taklimat tentang 'Pembesaran Masjidilharam' ni. yg big boss cam tau je yg ramai terpilih g taklimat ni, cepat2 soh admin kluarkan memo arahan x bagi kitorang pegi dgr taklimat ni.

sebenarnya, opis pun buat bengkel taklimat ISO. tu pun kelam kabut. nama staff pun dorang bagitau last minit. bagi pokchik, walaupun benda ni penting tapi still leh dapatkan info dari staff atau dokumen yg akan dibekalkan nanti. ala, petang kang pokchik join ah bengkel ni.

Lunchenon Talk : Pembesaran Masjidilharam
taklimat dijalankan oleh salah sorang dari 6 panel penasihat kepada kerajaan Arab Saudi bagi tujuan pembesaran kawasan sekitar Mekah. kehadiran pokchik semata2 nak tau pasal design yg akan dijalankan di sana. ye ah, seblum ni tgk kat dalam internet je, tak tau yg mana satu yg betul. lagipun antara topik tu melibatkan pembangunan yg menitikberatkan ttg OKU.


dgr punyer dgr, Prof tu xmo bagitau pasal new design. sulit katanyer. cuma dibentangkan ttg persekitaran dan sejarah bandar Mekah je. itupun dh cukup utk pokchik membuka minda skit.

fakta menarik:
- Prof. Ismawi Zen anak kelahiran Sarawak dan bertugas sbg Prof Kanan UIAM
- antara 6 panel penasihat antarabangsa yang buat 'vision brief'
- bukan merekabentuk/ planning
- 16 firma terlibat
- harga tanah di sana antara termahal, USD140k/meter persegi

Bengkel Perlaksanaan MS ISO
sejak Datuk Bandar baru ni, semuanya nk dibuat. yg kenanya, semua staff. nak taknak kenalah ikut kan. seingat pokchik, ISO ni pernah cuba dibuat sebelumnya tapi x jalan pun. so kali ni dorang bersungguh2 utk dapatkan ISO selewat2nya bulan 10 ni. ntah ah sempat ke tidak..insya Allah.

yang kesiannya, sekretariat yg kena buat benda ni. ada sorang arkitek tu, sampai x kuar bilik semata2 nk siapkan segala dokumen yg terlibat...


tgharinya pokchik lari ke taklimat kedua lak. kire bengkel semalam nk bagi penerangan kepada semua staff ttg perlaksanaan yg akan dibuat. byk tul prosedurnya, termasuk borang2 yg kena diisi. ntah ah kalo bleh igt semua prosedur tu. pokchik nampak semua cam boring je. ye ah, terpaksa dgr kan. harap2 semuanya berjalan lancar. cuma pokchik harap pentadbiran buat bengkel ni lagi dan limitkan peserta. ramai sgt pun x guna kalo tak tumpukan perhatian kan.