Saturday, November 29, 2008

I Love Me!

Red Carnival 2008

Kenarianz dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan hari Aids peringkat WPKL anjuran JKWPKL. program kali kedua kitorang bergabung ngan JKWPKL sejak tahun 2006. program terbesar anjuran mereka. kali ni bekerjasama pula dengan PT Foundation.

mulanya takut gak kalo2 takde sambutan dari ahli yg lain. nak kumpulkan 40 biji kereta memang susah kalo libatkan ahli2 KL ni. ntah ah. nak program, kitorang dah bagi. tapi tiba masa, ada je masalahnyer. kali ni dapat kumpulkan 36 biji ajer. x kisah la. janji semuanya berjalan lancar.

kasi briefing skit

majlis pelancaran di Sg Wang Plaza selepas kitorang berkonvoi beramai2 dari JKWPKL yg di escort oleh Trafik KL. rasa cam raja di jalanan sebab yg lain dipaksa beri laluan pd kitorang.

mc by Yasmin Yusof
pika ngan Kak Chik

aku jaga kawasan Times Square, Hang Tuah, Sg Wang dan Pudu. lepas bagi taklimat pada peserta, masing2 edarkan risalah tentang bahaya Aids pada public. masa ni la dapat tgk perangai orang. ada yang sudi nak amik. ada yang sudi menderma dan ada yg sudi melarikan diri.
macam la kitorang nak sapu Aids tu kat ngko!

geng Hang Tuah

mari ambil habuan masing2

secara overall nyer, aku berpuas hati pada teman2 yg sanggup join program ni. walaupun x dapat goodies spt yg dijanjikan.

Thursday, November 27, 2008

Konvensyen Dorang Yang Punyer!

Konvensyen KMK

Akhirnya segala penantian dan penat lelah abis jugak. hampir2 jugak kitorang bertelagah sesama sendiri. aku pun rasa naik fed-up buat benda ni. agaknyer lama sgt ngan dorang ni. pastu asik aku je yg kena. rasa cam bengang pun ada. ikut ati nak je aku tinggalkan dorang dan hilangkan diri terus. biar padan muker dorang ni.
biler pikir2, aku yg bersungguh2 nak libatkan diri utk KMK ni. aku suker buat benda2 camni. nak uji ketahanan dan kebolehan aku biler melibatkan kumpulan dan persembahan pada public.

masa raptai hari rabu aritu, ramai yang cam teruja biler MC sebut nama kumpulan kitorang. masa testing montaj kitorang pun, dorang cam kagum gak. rasanyer cam boleh menang je hehehe. semua persiapan dah ready. petang tu buat final check utk konvensyen arini.

kitorang kumpulan pertama yg akan present produk kitorang. memang rasa gabra pun ada. tapi aku cuba yakinkan diri dan bersedia utk sebarang kemungkinan. biler dah start lambat, aku lagi la gabra. ni la kalo kena tunggu VIP.

awal persembahan berjalan lancar. aku ngan rakan presenter baca ikut skrip, walaupun kengkadang tu ada gak terkehel bacaan. rasa cam nak abiskan cepat je. tetiba berlaku masalah teknikal pada sound system. memang bengang tul. rasa cam sabotaj je. mic terus off pastu bunyi bising kat dalam auditorium tu. tapi utk tjk kitorang ni pro, kitorang teruskan jugak presentation kitorang. biler dh pertengahan barulah ok. itupun xdpt markah tambahan ke???

lepas abis presentation, rasa cam dah lepas beban sepanjang persiapan kitorang. lega!

kumpulan yang lain pun bukan calang2 gak. rasa tercabar gak ni. argh lantak ah. janji kitorang dah buat sehabis baik.

the presenter

majlis penutup petang tu pun lambat gak. tunggu punyer tunggu. masa pengumuman pemenang, 3 tempat teratas, bukan milik kitorang. rasa hampa je. dpt saguhati jer. naper eh? apa yg kurang ni? tapi pemenang tadi memang boleh dipersoalkan. tapi nak buat camner, keputusan muktamad! xleh bagi bantahan. ala, yg handle pun jabatan dier, mestilah dier yg menang.

lagipun kitorang dimasukkan di dalam katedori pengurusan dan bukan teknikal. panel tu pun orang pengurusan, so apa yg dorang tau!


terima kasih pada fasilitator dan rakan2 KL MAYA. dan juga jabatan yg bagi support terutamanya Pengarah kitorang yg yakin kitorang bleh menang.

Wednesday, November 12, 2008

Edisi Holiday(?)

Alhamdulillah. dah sampai KL rupernyer. nak bangun pagi pun rasa cam malas. dh bercuti 3 hari, so semua otot2 dah dilonggarkan. alih2, bukak mata, rupernyer kena keja pagi ni. konon bercuti bleh rehatkan minda, tapi kat sana still teringat pasal assignment yang blum siap. bawak skali design yg perlu di re-design. start keja pagi ni kena g kursus KMK lak. camner la nak pi bercuti ngan tenang.

dapat voucher penginapan free kt Swiss Garden Damai Laut, Lumut lps dgr taklimat dorang masa kat Matta Fair tempoh ari. ajak si Wan temankan. mulanya mmg excited nak pi. lagipun org kata tpt ni mmg susah nak masuk melainkan dh booking awal. dan harganyer pun mahal jugak. tapi biler macam2 urusan kena buat, rasa cam malas pun ada. tapi akhirnya gagahkan jugak. peluang nak release tension!


9/11/2008

bertolak lewat skit coz kena attend kelas. pagi tu g opis dulu coz nak print design. kelam-kabut tul arini. design pun x firm lagi. tawakal je la pi assessment kang. dalam kelas pun rasa cam tak sabar coz takut bertolak lewat sgt. alih2 kul 3pm baru bertolak ke Lumut.

mmg jauh tul perjalanan ni. amik masa lebih kurang 3 jam baru sampai. xde berhenti langsung. takut sampai lewat malam. jalan raya punyer la berlekuk2. cam xde orang jaga langsung. kul 6:30 sampai ke Swiss Garden Apartment. jalan ke dalam sejauh 7km. kalo lewat malam sampai, memang takut punyer la. jalan masuk macam nk masuk ke dalam hutan. pas check-in, lepak kejap sebelum kluar outing ke Lumut Waterfront. pas beli barang skit kt sini, pi diner kat kedai ikan bakar. murah gak harga kat sini. maybe dkt ngan sumber laut kot.

lepas bersiap, aku sambung keja sekolah aku. kena paksa diri buat ni. kalo x, mesti x siap utk sessi krit ari selasa. dah lecturer soh datang jumpa dier. aku sibuk buat keja sekolah, si Wan ni sibuk chatting lak. jeles tul. sib baik bawaklaptop ngan broadband.


10/11/2008

pagi ni just lepak kat bilik je sambil sambung buat keja sekolah. ingatkan nak mandi laut @ pool tapi x jadi. pastu aku bagi cadangan nak pi Menara Condong Teluk Intan. ntah apa yg aku fikir ntah.

aritu baru buat assignment tapi just amik gambo dari web je. kali ni alang2 dh sampai sini, aku nekad je ajk Wan pegi. jauh tu mmg jauh, tapi nk pegi jugak.

gembira plak aku rasa biler dah sampai sini. walaupun x naik ke menara ni tapi dpt tgk dari dkt pun kire ok. siap berposing kat sini. org2 kat sini semuanya heran. nak kata pelancong asing, tapi muker cam orang jawa hahahahah.

pas lunch, kitorang gerak ke Lumut plak. konon nak pi naik bot ke Pulau Pangkor tapi x jadi jugak. just lepak kat sini. tgk pemandangan kat sini je la.


by kul 6:30pm, kitorang gerak balik ke SG. masa ni la kitorang diuji ngan jalan dan signboard kat sini. bermula dari simpang ke Teluk Batin, Ipoh, Sitiawan, Telok Senangin, kitorang mencari exit ke SG. dekat sejam kitorang 'tersesat' di simpang2 yang kurang signboard. rasa cam pelik plak. semalam senang je kitorang cari jalan balik.

malam ni pun sambung buat keja sekolah, ish tak best langsung kalo cuti camni.


11/11/2008

pagi ni bangun awal skit. bersiap2 utk check-out. arini plan singgah ke Teluk Batik sebelum balik ke KL. banyak perubahan kat sini. seingat aku, kali terakhir datang sini masa bersekolah menengah. itupun ikut kakak aku ke sini. lanskap kat sini pun cantik jugak. sempatlah pi beli tshirt.



Review
1. Trip dari KL ke Lumut = 556km
2. Trip Lumut ke KL = 280km
3. Jalan raya dari Bidor ke Lumut memang cam hampeh.
4. Driver kat sini sama macam kat Penang. yang bezanya dorang ni bleh bawak slow kt lorong laju.