Wednesday, June 17, 2009

mesyuarat kecoh!

baru sampai opis. sebelum masuk opis pi lunch dulu kat 'pulau' depan bangunan Celcom tu. aje giler. meeting dari pagi, kul 3 pun x abis2 lagi. dh la start lambat, abis pun lambat. ditambah lak ngan perangai ahli2 yg datang. tak dapat penjelasan lanjut, tetiba menyerang x tentu pasal. teringat AGM pokchik awal tahun ni. memang masa ni komiti mesti gabra coz takut kena 'tembak' ngan ahli2 semua. masa ni la ahli nak bantai dan komen/ komplen apa yg dorang x puas hati. pagi tadi tumpang Abg Z. dh lama tak naik keta dier kan. kalo x dipaksa mana mau kuarkan keta dier tu hehehe.

pagi tadi memang ramai yg datang, cam pesta pun ada. booth2 byk dibuka utk ahli menambah hutang. dari barang kecantikan hingga ke barangan elektronik.

ala kehadiran ahli pun kalo bukan sebab cabutan bertuah ngan elaun kehadiran tu, sorry la nk dtg kan...

macam2 hal terjadi masa mtg tadi. yg bestnyer masa tgh hangat berhujah tetiba sound system x berfungsi lak. cam kena sabotaj je. setiap kali AGM, org yg sama je yg bercakap ngan bertekak. Pengerusi lak, org yg sama tahun lepas yg menghentam komiti. so tahun ni dier dh jadi Pengerusi, kena backup ah komiti hehehe.

bertelagah sampi black-out mic tu hahaha

"lu kalo tipu, wa potong telinga lu"

selain tu kat astaka tadi ada latihan oleh polis. ntah utk acara apa ntah. siap bawak heli, keta evo, bike ngan kuda dorang. selain tu nampak gak cam pasukan khas dorang. dh cam shooting Gerak Khas lak. masa latihan td, heli tu terbang rendah lak. member bagitau masa dorang tgh minum kat booth tu sampai bergegar meja makan dorang hihihih

Eagle 7

malam ni plak ada meeting penamaan calon utk AJK kondo kat umah. sepatutnya minggu lepas tapi ditunda ke mg ni. rasa memang nak pegi. mana tau ada lagi kecoh2 cam meeting Koop tadi. so malam ni kena balik umah la. dok sengsorang huhuh.

update 19th
baru arini dpt update (sebenarnya dah luper hahah). meeting malam tu kira ramai yg datang. kebanyakannya chineese la coz kawasan sini 'orang kite' tak ramai yg dok kat sini. mulanya takut gak. mana tau ada yg berebut2 nk jawatan AJK tu. kalo ikut jemputan melalui yahoogroups, wakil pemilik bangunan turut dijemput dtg, tapi x nmpk lak muker dorang. yang dtg hanya penduduk sini je.

majlis berlangsung cepat je. xde yg nak berebut2 jawatan. yg bestnyer, masa penamaan calon semua xmo bersuara. cam pokchik, ikut je la saper yg bertanding nanti. dorang bagitau pilihanraya nanti pd 1/7 ni..masa utk mengundi lagi!

keputusan penamaan calon;

Pengerusi: Ibrahim (menang tanpa bertanding)
Timb. Pengerusi : Kelly (menang tanpa bertanding)
Setiausaha : 2 calon bertanding
Bendahari : takde org yg nak pegang duit, so KIV dulu
Pegawai Hal Ehwal Penduduk : pertandingan 5 penjuru.

Tuesday, June 9, 2009

kini kembali...tapi nak bercuti lagi..

alhamdulillah, kenduri kat rumah dah selesai. penat tu jgn dipersoalkan. dh x rasa kaki ni biler melangkah. memg hebat penangan kenduri kahwin ni. kalo xnak penat, jd pengantin je la kan hehehe. kat umah mak tu pun x abis berkemas lagi. tunggang langgang. tapi sib baik dalam rumah x kotor sgt.



nk start keja bukan main malas lagi. pokchik kalo dpt cuti, memang syiok. rasa nk je ditambah2 lagi. bayangkan start cuti dari ari khamis aritu, sampai semlam. ni pun rasa cam malas nk masuk opis. tapi kesian lak kat BG tu. anak buah pun ada lagi kat umah, akak dari Penang pun x balik lagi. lagipun Sabtu ni majlis belah pihak laki lak. yg sedihnya pokchik xle join coz ada kelas. ikut ari memang nak ponteng je tapi ada ujian la plak. ish....

banyak kenangan sepanjang majlis tu, suka duka, tawa riang, semuanya ada. tak terpikir masa ni. tgk ah kalo memori pokchik dtg semula, pokchik citer k. apa2 pun pokchik nak ucap berbanyak terima kasih pada kengkawang yg sudi dtg. yang x dtg tu, mungkin ada hal lain kan (sangka baik la).

Pada Wan (Rhuddy) yg sanggup tolong dari awal sampai akhir kenduri dan sponsor karokz. pada geng Havocz yang hadir (Ayu, Dee, Min, Azida, K.Chik, Nogy, Ku Is & Frends) yang sanggup menghabiskan sup gear box ngan kole kacang. pada K. Nani & Pn. Ch'ng yang sanggup bersesat ke umah pokchik.

x lupa pada Syam (dier kata dh x ghemok dah!), yang turut membantu. dari menaja doorgift, mengemas rumah, menjadi penanggar hingga ke pengapit bidan terjun huhuhu.

TErima KAsih!