Wednesday, December 31, 2008

Citer Langkawi - Hari 2 & 3 @ Langkawi

Sabtu, 27th
Pepagi dah bangun. bayangkan jugak. 40 orang menunggu giliran (berebut) nak mandi. seawal kul 4am dorang dh mandi. Aku? kena mandi kat porch luar tu. sib baik jiran2 x bangun lagi. kitorang kena gerak terus ke Jeti Kuala Perlis utk naik feri kul 10:30am.

on the way, sempat singgah kat kat pump station utk berhenti buang air ngan beli sarapan. sampai sana, pi cari makan. nak lapik perut sementara naik feri kjp lagi. tapi xmo makan byk sgt. nanti skt perut lak. takut pening pun ada kat feri tu nanti.

Langkawi
sampai kat Langkawi. tunggu keta sewa datang. sementara tu pi ushar kot2 ada jualan murah ke kat sini. masa ni dh kelam-kabut. dah ramai sgt. x tau nak sumbat keta camni. terpaksa hantar 1 kumpulan ke hotel dulu. lepas tersesat mencari hotel kitorang, akhirnya jumpa jugak. sib baik dapat 2 unit. famili aku dok 1 unit. dan Abg Long dok ngan famili dier dan famili kakak ipar aku. so petang ni lepak kejap sebelum kluar pi makan.

pas makan, kitorang pi ronda Pekan Kuah dan menuju ke Makam Mahsuri. mulanya xnak masuk sebab pakai sluar pendek. tapi tgk orang lain main masuk je heheh. dah berubah tempat ni sejak beberapa tahun dulu. skrg dorang dh buat cam kompleks. ada muzium, ada zoo, ada kedai cenderamata dan live show. kat sebelah plak ada bazaar tempat jualan pakaian.



Ahad, 28th
Pagi ni xde sarapan. kitorang bersiap nak kluar mandi laut kat Pantai Cenang. kali ni berpecah ngan famili A. Long. malas nak tg dorang. dari semalam asik tg dorang. plan ntah ke mana. masih2 lambat bersiap.
on the way ke sana, singgah jap kat kedai perusahaan gamat Nusantara. macam2 ada kat sini. yg best. botol gamat gergasi!.

pas sarapan. semua berendam kat laut. air pun ok dan xde ombak sgt. sempat lagi kitorang naik banana boat.


Cable Car & Telaga Tujuh
pas penat berendam, kitorang menyusuri pesisir Pantai Cenang dan airport dan terus menuju ke Cable Car. nak beranikan diri naik keta kabel ni. dah alang2 sampai sini kan. sampai sana, nampak ramainyer orang. kawasan sekeliling best gak coz ada tempat jualan skali. pi check kat kaunter tiket; kena tunggu 2 jam sebelum dapat naik. nampaknyer terpaksa batalkan niat nak naik (padahal takut pun ada).

pastu kluar menuju ke Telaga Tujuh. aku pun xtau apa yg ada kat sini. ingatkan ada 7 telaga @ perigi. kat sini pun ada kedai2 jualan. rupernyer, nak tengok kena daki lebih kurang 600 anak tangga! nak mampus rasanyer mendaki tangga ni. tapi kena terus kan juga coz anak2 buah semua dah naik. sampai atas ni rupernya ada tempat mandi jugak. sempat lepak sekejapsebelum turun semula.


Beras Terbakar

trip diteruskan ke Beras Terbakar plak. seingat aku dah pernah sampai kat sini. yang tinggal cuma baki beras yg dh terbakar. betul ke? sampai sini, kitorang pi makan dulu. meriah tpt ni. lagi plak ada pasar malam. nak masuk ke dalam pun dorang buat kedai2 menjual pelbagai barangan.


Dataran Lang
mak teringin nak datang tengok helang besar ni. dulu datang waktu siang. nampak la burung ni. kali ni sampai dah malam. lagipun dorang x pasang lampu kat kawasan ni. tu yang gelap je.

No comments: