Wednesday, December 31, 2008

Citer Langkawi - Hari 1 @ Sg. Petani

Alhamdulillah. Trip berjaya dilaksanakan. Tghari semalam baru sampai kat umah. Penat? memang x terkata. kaki pun sakit menekan minyak sepanjang driving. Duit? memang banyak yang habis. memang x byk barang dibeli, tapi perabis kat makan je

Jumaat, 26th
Kul 11pm, konvoi 7 keta ke Sungai Petani. aku bukannyer suker sgt drive memalam ni. mesti ngantuk punyer. lagi plak, dorang semua keta power2. aku setakat 1.o aku tu je. berhenti rehat kat R&R Sg Perak utk minum dan tido kejap. memang xleh nak lelap.

lepas rehat kejap, konvoi terus menuju ke Sg. Petani. sampai sana kul 6:30 pagi. lepas punggah barang, layan tido kejap. nak pilih tempat tido pun jd problem. bayangkan 40 orang nak tido kat rumah teres 3 bilik ni.

lepas bersarapan, xtau nak buat apa. Jumaat pun ntah ke mana. petang tu aku ajak anak buah g layan boling kat SP. x sangka lak, ada jugak boling kat sini kan.



Tanjung Dawai
malamnye, kitorang bergerak ke Tanjung Dawai. pi diner kat sana. ikut hati malas nak makan. lepas boling tadi kitorang layan nasi lemak & bihun sup. dh berapa kali kitorang makan kat sini. tepi muara sungai. rasanya kitorangnye meja yg terpanjang, order sampai 6 hidang. mmg x hengat punyer makan.

No comments: