Sunday, February 1, 2009

Kenarianz AGM 2009

Perancangan akhirnya berjaya dilaksanakan. banyak masa dan kudrat dibuangkan utk menjayakan AGM kali pertama ni. ada yang sampai x tido malam dengarnya. semata2 nak pastikan berjalan ngan jayanya. bagi aku ni la hasilnya selama aku buat keja mengejar proses permohonan kelab aku ni.

Jumaat, 30hb
Pas amik wan, k.cik dan ieca, kitorang terus gerak ke PD. mulanya nak join konvoi kat R&R Seremban, tapi terlewat plak. so kitorang drive solo je. sampai sana pi lunch dulu sebelum check-in hotel. kat sana dh ramai rupernye yag dh smpi dulu.
rehat kejap sebelum bersedia sessi BBQ malam ni. bebudak ni plan mmg bagus. siap ada karaoke lagi tu dan cabutan bertuah. malam ni aku nyanyi lagu 'wajib'. tapi semua cam malu2 lak nak kluarkan suara. asik org yg sama je yg nyanyi. yang bestnye, aku dapat hamper utk cabutan bertuah (masin tul mulut siAcai).

kononya nak outing pasni tapi tgk semua muker dah lemau. so relax je kat dalam bilik. lagipun esok ada telematch. kire nak simpan tenaga la.

Sabtu, 31hb
pas sarapan kitorang bersiap utk telematch. dah kul 10 pagi pun x start lagi. sib baik cuaca kurang panas. antara yang best, lawan tarik tali. pergh, kudrat rasa cam nk tercabut dari badan. memang penat. lawan lak yg badan2 besar. sib baik kitorang menang hehehe.

ieca & pika

kak chik & pika

petang g outing ngan dorang. pi layan mihun kari, goreng pisang & cendol. kenyang tul, sampai diner pun makan skit je.

AGM2009
masa yang ditunggu2. AGM dan pengundian calon komiti. gabra pun ada gak. aku calon utk pertahankan jawatan Setiausaha Kelab. dah lebih 4 tahun aku pegang jawatan ni. rasa sayang pun ada nak dilepaskan. tapi aku redha kalo x menang. yang penting aku bersama kelab.

tgh bentangkan laporan..

AGM berlangsung ngan jayanya. dan keputusan malam tu memberikan aku peluang sekali lagi mentadbir pengurusan kelab. Alhamdulillah. ad agak yang suker aku pegang jawatan ni lagi. malam tu pun plan nak kluar tapi x jadi gak. so stay je dalam bilik.

Ahad, 1st
pas sarap, pi ronda kat Teluk Kemang. pi jalan & shopping skit. sebelum balik ada lah meeting antara komiti. banyak benda yg dibincangkan. terutamanya hala tuju kelab dengan pentadbiran yg baru. insya allah aku akan jalankan tanggungjwb dengan baik.

pas berkemas, kitorang gerak balik ke KL. x sempat join geng lain pi lunch dulu. masa ni k.chik dah tarik muka masam kan. dier plan nak g Melaka la, Nilai la. tapi aku buat dek je. kata nak balik awal. singgah makan kat R&R Seremban.

dah tgk muker dier camtu, aku buat surprise, terus masuk ke Nilai. dier nak tgk sgt Nilai 3 ni. ingtkan dier nak cari barang, rupernye aku yg terbeli frame utk umah baru nanti.



3 comments:

ida said...

ceh konon ar surprise :PPP

Anonymous said...

huhu..johan tarik tali

Pyan said...

Tahniah buat sumer yang terpilih.!!!!