Monday, September 15, 2008

Berbuka Puasa bersama Kenarianz

seperti tahun2 sebelumnyer, semalam kelab aku buat majlis berbuka puasa bersama. kali ni lebih ramai members yang join. dah makin besar rupernyer famili Kenarianz ni. dah macam2 perangai ada. yang best skali, member Perak pun sanggup turun sama. korang memang wicked la!
teringat lak pada tahun lepas, kitorang join majlis buka puasa bersama anak2 yatim. masa tu la rasa bertuahnyer diri dikurniakan rezeki yang lebih berbanding adik2 kat sana. sesekali kita perlu toleh ke belakang, melihat saudara yang lain kan???
tahun ni kitorang buat di Restoren Qaseh, Bt 3, Shah Alam. tempat memang sempoi dgn hidangan masakan kampung. tapi malam tu ramai la plak yang turun berbuka kat sana. so terpaksalah bersabar nak amik makanan. sampai ada member yang sanggup duduk berlapik tikar getah di koridor kedai tu.
dah namanyer berbuka kat luar, mesti tak kenyang punyer. makan pun macam kena catu. pastu kena control la skit. tak bleh gelojoh sgt. mahu kena cari makan lepas majlis ni.

1 comment:

ida said...

merah sungguh 'pak ngah' aritu hehe :P