Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan 1429H



Segala puji dan syukur kepadaNya kerana memberi peluang dan kerahmatan utk aku menempuhi ibadah ini lagi. kedatanganya setahun sekali. itupun ada yang merengus biler ianya kian hampir. bagi aku? memang aku suka kedatangannyer. selain menambah ibadah, boleh gak kurangkan 'kandungan' badan aku ni. rasanya takde preparation pun utk sambut Ramadhan kali ni. aku cuba untuk bersama2 memperbanyakkan ibadah. tapi kadang-kala sering alpa dan lalai. betapa kerdilnyer aku ni.

di kesempatan ini, aku mohon kemaafan kepada kengkawan di atas kesalahan dan kesilapan sehingga kini. dan tak lupa, agar kita bersama2 melakukan ibadah dan merebut seberapa banyak 'hadiah' dariNya.

Kian berlabuh tirai Syaaban,
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati ikhlas amalan,
Semoga segala ibadah diberkati.

1 comment:

shahril.hussin said...

aduh.....tak de makanan pun....