Monday, October 13, 2008

Edisi Mengenyangkan Perut

Adoiyai. Baru sebulan perut ni berehat. Lepas raya je jemputan rumah terbuka pun diterima. takdelah banyak sangat tapi kalo setiap kali bertandang, makan plak macam2. mahu menggelegak perut ni. konon lepas raya nak control balik badan ni, tapi hampeh. susah betul. konon nak berpuasa 6 pun tak tertunai jugak. dah le gym pun tak pegi dah, ni pun harapkan main badminton seminggu sekali.

ari minggu yang lepas pun terima jemputan rumah terbuka dari sanak saudara dan kengkawan. sorry la pada yang menunggu tu. ala korang pun tunggu aku punyer open house kan heheheh. ye la, tahun ni tak buat plak open hse, tu pasal kengkawan perli2 tu.

Sabtu, 11th
Ajak wan dan chot bersama wife dorang pi beraya. kitorang gegar rumah K.Sadi kat Gombak. Dier memang tak buat open hse, tapi aku kata nak datang jugak, ni kire paksarela la ni. arini plan takleh bertandang lama2 sgt, coz kena pegi kelas petang nanti. nak pulak kat rumah dier ni ada 4 anak dara. tu yang buat alasan nk beraya tu. kena makan cepat coz kena g kelas petang nanti.

tgh sedap melantak kuih raya, tetiba dapat msg. dorang bagitau kelas petang ni dibatalkan. Uish, ni dah kire berita gembira ni. bleh dok lama2 skit heheh. Lepas tu g plak beraya ke rumah Wan. dah lama kenal dier, pastu duduk pun tak berapa jauh, ni kire first time aku datang ke rumah dier. kali ni dapat makan laksa terengganu. katanyer laksam, tapi pakai laksa punyer mee. ah tak kisah, janji sedap.
petang tu hujan lebat plak. lepas beraya aku terus balik ke rumah. dok kat rumah je. layan dvd. sampai x pegi open house saudara kat Segambut.

Ahad, 12th
Pagi kena attend kelas. ish rasa macam malas je, tapi sebab ni kelas pertama lepas raya, gagahkan juga la ke kelas tu. kang takde markah lak. sib baik tak lama. lepas kelas kena bergegas ke USJ13. anak buah aku bertunang. 'bapak buah', dok membujang lagi. semoga hubungan mereka berkekalan hendaknya.

"orang kata xde seru. banyak le xde seru, kalo diri
sendiri tak menyeru
hahahaha

majlis merisik dan bertunang dibuat sekali. 2 in 1 orang kata. majlis ni dibuat last minute, tapi perancangan meriah jugak. gembira aku tgk ke famili semua. dah lama takde kenduri camni.

malam plak g open house K'Own kat Cheras. akhirnya dijemput gak ke rumah dier. susah benar nak ke sana. macam2 alasan dia bagi. tapi biler dier bagi map. kirer bersungguh2 nak ajk aku la ni. kali ni ingat nak makan sikit je. petang tadi pun dah kenyang. tapi bile dapt bihun sup ngan mee jawa. bedal jugak la. sempat gak merasa kuih samprit & tat nenas. makcik dier kata, kuih ni dah sampai ke overseas tau. pakai butter lagi tu.

muker lepas kenyang & ngantuk

pastu g beraya ke umah Kak Nani plak. dah dier follow ke rumah K'own, terpaksa la pegi gak. jam dah dekat kul 10:30pm. lepak makan nasi lemak sampai kul 11:30pm. adoi, esok nak g keja plak.

No comments: